KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada sesi urus niaga awal pagi ini berikutan sokongan belian yang lebih kukuh untuk dolar AS, didorong oleh data ekonomi dan pekerjaan Amerika Syarikat (AS) yang lebih baik, kata seorang penganalisis.
Pada jam 9 pagi, nilai mata wang tempatan jatuh kepada 4.1970/2000 berbanding dolar AS daripada 4.1935/1980 pada penutupan Khamis.
Sejajar dengan data positif itu, Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) juga terus meningkat kepada 97.221 mata.
"Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sukuan akhir AS mencatatkan pertumbuhan 6.9 peratus berbanding anggaran konsensus sebanyak 5.5 peratus. Begitu juga, Tuntutan Pengangguran Permulaan, pengukur untuk pasaran buruh turut menunjukkan petanda baik dengan bacaan pada 260,000," katanya kepada Bernama.
Justeru, beliau menjelaskan bacaan itu menunjukkan bahawa tidak ramai rakyat Amerika yang memohon faedah pengangguran minggu lepas berbanding 286,000 pada minggu sebelumnya.
Namun begitu, beliau percaya ringgit seharusnya disokong dengan baik pada paras semasa, memandangkan harga minyak mentah Brent kini berada pada US$90 setong.
"Tahap sedemikian mencadangkan bahawa kerajaan akan mempunyai cara untuk mengekalkan dasar fiskal mengembangnya yang boleh menjadi positif untuk pertumbuhan ekonomi," jelasnya.
Sehubungan itu, Mohd Afzanizam menjangkakan mata wang domestik berbanding dolar AS akan berlegar sekitar RM4.19 - RM4.20.
Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama lain.
Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1015/1042 daripada 3.1040/1076 pada penutupan semalam dan meningkat berbanding euro pada 4.6776/6809 berbanding 4.6946/6997 pada Khamis.
Ringgit mengukuh mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.6202/6242 daripada 5.6306/6367 dan lebih tinggi berbanding yen Jepun kepada 3.6350/6376 daripada 3.6462/6501 sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 28 2022
Pada jam 9 pagi, nilai mata wang tempatan jatuh kepada 4.1970/2000 berbanding dolar AS.
Malaysia mampu jadi peneraju pengeluar telur tanpa sangkar
Malaysia berpotensi besar menjadi peneraju kepada industri pertanian berasaskan pengeluaran telur daripada ternakan ayam tanpa sangkar atau cage free egg di Asia Tenggara.
Usia bukan penghalang, Dr Jane Goodall komited jalankan tanggungjawab
Walaupun sudah mencecah 90 tahun, beliau yang masih mempunyai kudrat membuat kajian khususnya berkaitan haiwan chimpanzi menyifatkan ia adalah sebuah anugerah yang luar biasa.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4685/4740 berbanding dolar AS, daripada 4.4705/4750 ketika ditutup semalam.
BNM beri jaminan terus pantau, urus ketidaktentuan susulan perkembangan global
BNM berpendapat bahawa asas ekonomi dan prospek pertumbuhan Malaysia yang kukuh dapat menyediakan penampan terhadap kejutan luaran.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu mengukuh pada 4.4705/4750 berbanding dolar AS 4.4765/4820 ketika ditutup pada Isnin.
Usaha kurangkan perbezaan kadar faedah beri impak positif untuk ringgit - Gabenor BNM
Langkah pengurangan perbezaan kadar faedah antara Malaysia dan negara-negara maju adalah positif bagi ringgit, di tengah-tengah ketidaktentuan perkembangan geopolitik, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Ringgit ditutup rendah susulan keputusan Pilihan Raya AS
Pada 6 petang, unit tempatan turun kepada 4.4000/4070 berbanding paras penutup 4.3415/3505 pada Selasa.
Ringgit kekalkan kedudukan kukuh, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3415/3505 berbanding dolar AS daripada 4.3715/3765 ketika ditutup semalam.
Ringgit ditutup tinggi susulan permintaan merosot terhadap dolar AS
Pada 6 petang, unit tempatan meningkat kepada 4.3405/3450 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.3455/3510 pada Khamis.
Ringgit ditutup lebih tinggi dengan sentimen positif pada belanjawan
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan sentimen pasaran yang positif selepas pembentangan belanjawan negara, menurut seorang penganalisis.
Ringgit ditutup tinggi, disokong sentimen positif menjelang belanjawan
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu naik kepada 4.2945/2995 berbanding dolar AS 4.3080/3120 ketika ditutup semalam.
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal urus niaga Selasa, didorong oleh sentimen optimis terhadap Belanjawan 2025.