KUALA LUMPUR: Nilai ringgit turun berbanding dolar AS pada sesi pembukaan urus niaga pagi ini kerana peniaga menjangkakan langkah bank-bank pusat global terhadap kenaikan kadar faedah nampaknya masih belum berakhir, seorang pakar ekonomi.
Pada 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.6035/6100 berbanding dolar AS daripada penutupan semalam pada 4.5950/6000.
Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, naratif untuk dasar monetari yang lebih ketat nampaknya muncul kembali selepas Reserve Bank of Australia dan Bank of Canada (BoC) mengumumkan kenaikan kadar dasar masing-masing minggu ini.
"BoC tanpa diduga menaikkan unjuran kadar semalaman sebanyak 25 mata asas (bps) kepada 4.75 peratus selepas mengekalkannya stabil sejak mesyuarat Mac," katanya kepada Bernama.
Begitu juga, Reserve Bank of Australia menaikkan kadar tunainya sebanyak 25 mata asas (bps) kepada 4.10 peratus semalam.
Kenaikan kadar menunjukkan bank-bank pusat global belum lagi selesai dengan kitaran kenaikan kadar faedah kerana mereka melihat terdapat keperluan mendesak untuk membawa inflasi kembali ke paras sasaran, kata Mohd Afzanizam .
"Sehubungan itu, ringgit boleh bergerak dalam julat kecil sekitar RM4.60 berbanding dolar AS kerana peserta pasaran akan terus mencerna langkah BoC dan bagaimana ia boleh menjejaskan keputusan kadar dasar bank pusat lain," tambahnya.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan menambah nilai kepada 3.2899/2947 berbanding yen Jepun daripada penutupan urus niaga semalam 3.2996/3034 tetapi merosot nilai berbanding euro kepada 4.9299/9368 daripada 4.9176/9229 dan lemah berbanding pound Britain menjadi 5.7309/7390 daripada 5.7212/7275 sebelumnya.
Berbanding mata wang Asean yang lain, ringgit diniagakan rendah.
Nilai tempatan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.4140/4191 daripada 3.4098/4137 pada Rabu, susut berbanding rupiah Indonesia kepada 309.4/309.9 daripada 308.8/309.2 semalam dan merosot berbanding peso Filipina pada 8.20/8.22 daripada 8.19/8.20 sebelumnya.
Bagaimanapun, ringgit lebih tinggi berbanding baht Thai kepada 13.2117/2357 daripada 13.2303/2508 sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 08 2023
Pada 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.6035/6100 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4685/4740 berbanding dolar AS, daripada 4.4705/4750 ketika ditutup semalam.
BNM beri jaminan terus pantau, urus ketidaktentuan susulan perkembangan global
BNM berpendapat bahawa asas ekonomi dan prospek pertumbuhan Malaysia yang kukuh dapat menyediakan penampan terhadap kejutan luaran.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu mengukuh pada 4.4705/4750 berbanding dolar AS 4.4765/4820 ketika ditutup pada Isnin.
Usaha kurangkan perbezaan kadar faedah beri impak positif untuk ringgit - Gabenor BNM
Langkah pengurangan perbezaan kadar faedah antara Malaysia dan negara-negara maju adalah positif bagi ringgit, di tengah-tengah ketidaktentuan perkembangan geopolitik, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Ringgit ditutup rendah susulan keputusan Pilihan Raya AS
Pada 6 petang, unit tempatan turun kepada 4.4000/4070 berbanding paras penutup 4.3415/3505 pada Selasa.
Ringgit kekalkan kedudukan kukuh, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3415/3505 berbanding dolar AS daripada 4.3715/3765 ketika ditutup semalam.
Ringgit ditutup tinggi susulan permintaan merosot terhadap dolar AS
Pada 6 petang, unit tempatan meningkat kepada 4.3405/3450 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.3455/3510 pada Khamis.
Ringgit ditutup lebih tinggi dengan sentimen positif pada belanjawan
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan sentimen pasaran yang positif selepas pembentangan belanjawan negara, menurut seorang penganalisis.
Ringgit ditutup tinggi, disokong sentimen positif menjelang belanjawan
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu naik kepada 4.2945/2995 berbanding dolar AS 4.3080/3120 ketika ditutup semalam.
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal urus niaga Selasa, didorong oleh sentimen optimis terhadap Belanjawan 2025.