KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar AS hari ini, didorong oleh data Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia yang lebih baik bagi September 2021.
Pada 9.15 pagi, unit tempatan meningkat kepada 4.1490/1520 berbanding dolar AS daripada 4.1505/1513 sewaktu ditutup pada Selasa.
Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata data IPP yang lebih tinggi daripada jangkaan, memberikan rangsangan terhadap sokongan belian bagi ringgit.
Data IPP Malaysia meningkat 2.5 peratus tahun ke tahun pada September 2021, disumbangkan oleh kenaikan 4.0 peratus dalam indeks pembuatan dan 0.4 peratus dalam indeks elektrik, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia pada Selasa.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, dari segi perbandingan bulan ke bulan, IPP meningkat 3.7 peratus didorong oleh sektor pembuatan dan elektrik.
Sementara itu, Diniz berkata dari sudut teknikal, sekiranya gandingan US$-MYR mencapai paras 4.1600, ia boleh meningkat sehingga 4.1930 dalam tempoh beberapa hari.
"Sebaliknya, jika ia turun daripada 4.1380, ia boleh merosot sehingga 4.0950," katanya kepada Bernama.
Sewaktu dibuka, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Unit tempatan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.6252/6293 daripada 5.6326/6332 sewaktu ditutup pada Selasa dan menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.0797/0822 daripada 3.0849/0852.
Ia turut meningkat berbanding euro kepada 4.8099/8134 daripada 4.8112/8133 semalam, namun jatuh berbanding yen kepada 3.6769/6799 daripada 3.6677/6694 sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 10 2021

Pada 9.15 pagi, unit tempatan meningkat kepada 4.1490/1520 berbanding dolar AS daripada 4.1505/1513 sewaktu ditutup pada Selasa. -Gambar hiasan

Ejen insurans rugi lebih RM1.5 juta terperdaya skim pelaburan berkaitan judi
Seorang ejen insurans kerugian kira-kira RM1.58 juta selepas mendakwa diperdayakan sindiket skim pelaburan berkaitan kegiatan perjudian di Singapura, tahun lepas.
Dialog Tiga Penjuru: Wanita tidak celik hal kewangan?
Realitinya, adakah benar wanita khususnya golongan B40 berdepan masalah kurangnya pengetahuan tentang hak kewangan di bawah undang-undang Syariah Malaysia?
Kekangan birokrasi dan tekanan sosial punca halang wanita dapat hak yang sewajarnya? Apa cara nak lindungi hak kewangan wanita?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Kekangan birokrasi dan tekanan sosial punca halang wanita dapat hak yang sewajarnya? Apa cara nak lindungi hak kewangan wanita?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Watsons Malaysia lancar filem Watsons Raya Terunggul, tampil watak ikonik
Watsons Malaysia memperkenalkan filem Raya 2025 berjudul Raya Terunggul, yang mengetengahkan nilai kasih sayang dan kekeluargaan sempena Syawal.

Audit penerima dana USAID, pastikan tiada campur tangan asing - Sivaraj
Kerajaan digesa memastikan tiada campur tangan asing dalam urusan politik dan pentadbiran negara menerusi bantuan dana yang disalurkan oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa AS.
PETRONAS kerjasama dengan Energy Institute, percepat peralihan tenaga
PETRONAS menjalin kerjasama strategik dengan Energy Institute (EI), menjadikannya syarikat pertama beribu pejabat yang berpusat di Asia Tenggara menyertai badan profesional berpangkalan di United Kingdom itu sebagai rakan teknikal.
AWANI Sabah+: SYUKUR inisiatif basmi kemiskinan tegar
Kerajaan Negeri Sabah terus komited dalam usaha membasmi kemiskinan di wilayah itu melalui Program Sentuhan Kasih Rakyat atau SYUKUR yang menyediakan bantuan bulanan RM300 kepada mereka yang layak.
MWC 2025: 19 MoU dimeterai, perkukuh teknologi, digital Malaysia
Malaysia terus memperkukuh transformasi digitalnya hasil pemeteraian 19 memorandum persefahaman (MoU) antara pemain industri tempatan bersama peneraju teknologi global di sela Mobile World Congress (MWC) 2025.

Kerajaan adakan jerayawara dapatkan maklum balas RUU Pembiayaan Politik - Azalina
Kerajaan akan mengadakan jerayawara ke seluruh negara bagi mendapatkan maklum balas mengenai cadangan Rang Undang-Undang Pembiayaan Politik.
750 rakyat Malaysia diselamatkan dari sindiket penipuan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menyelamatkan 750 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di luar negara setakat 25 Februari, menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Dalam jawapan bertulis di Parlimen, beliau menjelaskan bahawa operasi penyelamatan ini dijalankan melalui saluran diplomatik dengan bantuan pihak berkuasa tempatan serta polis Malaysia.
Dalam jawapan bertulis di Parlimen, beliau menjelaskan bahawa operasi penyelamatan ini dijalankan melalui saluran diplomatik dengan bantuan pihak berkuasa tempatan serta polis Malaysia.
Sindiket e-waste: Nilai rampasan keseluruhan cecah RM3.9 bilion - Saifuddin
Jumlah sitaan keseluruhan daripada operasi berkaitan sindiket e-waste kini sudah mencecah nilai RM3.9 bilion, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata, siasatan Polis Diraja Malaysia kini bukan hanya tertumpu kepada penemuan peluru, tetapi juga aspek keselamatan negara, kerana jumlah yang ditemui adalah terlalu besar, iaitu 40 tan peluru hidup, kelongsong peluru, serta jongkong timah.
Beliau berkata, siasatan Polis Diraja Malaysia kini bukan hanya tertumpu kepada penemuan peluru, tetapi juga aspek keselamatan negara, kerana jumlah yang ditemui adalah terlalu besar, iaitu 40 tan peluru hidup, kelongsong peluru, serta jongkong timah.

India tegaskan tiada kepentingan untuk lemahkan dolar AS
Jaishankar sifatkan dolar AS sebagai sumber kestabilan ekonomi antarabangsa dan tegaskan, India tiada sebarang dasar untuk menggantikan dolar.

Ringgit naik 170 peratusan dalam mata berbanding dolar AS dalam sesi awal
Pada 8 pagi ini, ringgit melonjak 170 peratusan dalam mata (PIP) kepada 4.4100/4250 berbanding dolar AS daripada 4.4270/4320 yang dicatatkan pada akhir urus niaga semalam.

Ringgit melonjak berbanding dolar AS susulan peningkatan minat risiko global
Pada 6 petang, unit tempatan mencatatkan peningkatan ketara kepada 4.4270/4320 berbanding dolar AS daripada 4.4635/4680 pada Selasa.

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS susulan keputusan tarif import
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4465/4585 berbanding dolar AS daripada 4.4635/4680 pada penutupan Selasa.

Ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik sedikit kepada 4.4635/4680 berbanding 4.4640/4680 ketika ditutup pada Isnin.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US
Pada 8 pagi, ringgit berada pada 4.4500/4700 berbanding dolar US daripada 4.4640/4680 semasa ditutup semalam.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4595/4650 berbanding dolar AS daripada 4.4600/4650 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

Sentimen berhati-hati dorong ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit berada pada paras 4.4530 berbanding dolar AS daripada 4.4410/4480 ketika ditutup semalam.

Ringgit mengukuh pada sesi awal ketika sentimen pasaran bercampur-campur
Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah sentimen pasaran yang bercampur-campur.

Ringgit dibuka tinggi, pelabur memantau perkembangan tarif AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini dengan percubaan selanjutnya dijangka melepasi di bawah paras RM4.40.