KUALA LUMPUR: Nilai ringgit dibuka kukuh berbanding dolar AS pagi ini selepas saham-saham AS menyusut apabila testimoni pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell yang memihak kepada pertumbuhan ekonomi gagal memberikan sebarang pemangkin baharu untuk membeli aset berisiko, kata seorang penganalisis.
Pada jam 9 pagi, unit tempatan itu meningkat sebanyak 20 mata asas untuk dibuka pada 4.2000/2015 berbanding dolar AS daripada 4.2020/2030 pada penutupan semalam (Khamis).
Powell berkata inflasi akan melonjak seketika daripada unjuran dua peratus yang dibuat oleh Persekutuan sebelum susut kepada angka yang telah diunjurkan itu, sekali gus menandakan masih terlalu awal untuk mengetatkan dasar.
Justeru, penganalisis pasaran kanan OANDA Edward Moya berkata pelabur tidak tertarik langsung dengan data ekonomi bercampur-campur hari ini walaupun sudah masuk hari ketiga bank-bank AS mencatatkan pendapatan yang agak kukuh.
Sementara itu, ahli ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim berkata kebimbangan mengenai penularan pantas varian Delta COVID-19 Delta telah memaksa banyak negara di Asia untuk mengetatkan lagi sekatan pergerakan yang akan memberi kesan buruk kepada harga minyak dalam situasi permintaan yan semakin perlahan.
"Harga minyak yang lebih rendah akan menjadikan nilai ringgit rendah memandangkan pergerakan harga minyak mentah Brent yang mempunyai pengaruh kepada unit tempatan," katanya.
Beliau mengunjurkan ringgit akan terus diniagakan dalam julat RM4.19 hingga RM4.20 hari ini.
Pada paras pembukaan, ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang utama yang lain.
Unit tempatan itu mengukuh kepada 4.9606/9624 berbanding euro daripada 4.9764/9776 pada penutupan sebelumnya, meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.8220/8237 daripada 3.8256/8265, lebih tinggi pada 3.0994/1010 berbanding dolar Singapura daripada 3.1052/1062, dan naik berbanding pound Britain kepada 5.8090/8111 daripada 5.8252/8266 sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 16 2021
Ringgit dijangka akan terus diniagakan dalam julat RM4.19 hingga RM4.20 hari ini.
RM2.5 juta elaun kerja 'overtime' diperuntukkan kepada penguat kuasa JPJ
Kementerian Pengangkutan memperuntukkan RM2.5 juta untuk elaun kerja tambahan masa kepada lebih 2,000 anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh negara tahun ini.
Ribuan umat Islam di Tehran beri penghormatan terakhir kepada Ismail Haniyeh
Timbalan Ketua Hamas di Semenanjung Gaza, Khalil al-Hayya berkata ribuan umat Islam di Tehran mengiringi perjalanan pengebumian Ismail Haniyeh pada Khamis.
Penerbangan terus pertama dari Shanghai Pudong ke Pulau Pinang tiba di LTAPP
Pulau Pinang menyambut ketibaan penerbangan terus pertama dari Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Pudong yang dikendalikan Shanghai Airlines.
Perkhidmatan kewangan Malaysia kekal kukuh - Perangkaan
Perkhidmatan kewangan Malaysia mencapai pertumbuhan tahunan sebanyak 10.6 peratus bagi tempoh 2015 hingga 2022, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Telefon HMD bertemakan Barbie dilancar 28 Ogos
HMD kini mendedahkan tarikh pelancaran rasmi telefon bertemakan Barbie dijadualkan berlangsung pada 28 Ogos depan.
[TERKINI] Pearly Tan - M Thinaah mara ke separuh akhir Olimpik Paris 2024
Beregu wanita utama negara, Pearly Tan - M Thinaah mara ke separuh akhir badminton sukan Olimpik Paris 2024 apabila menewaskan wakil Korea Selatan, Kim So Yeong-Kong Hee Yong.
Pearly dan Thinaah menewaskan pemenangan pingat gangsa edisi lepas dengan straight set 21-12, 21-13.
Pearly dan Thinaah menewaskan pemenangan pingat gangsa edisi lepas dengan straight set 21-12, 21-13.
Olimpik Paris 2024: Pearly-Thinaah pamer aksi bertenaga ke separuh akhir
Beregu wanita kebangsaan, Pearly Tan-M Thinaah, mencipta sensasi apabila mengetepikan wakil Korea Selatan, Kim So-yeong-Kong Hee-yong.
[INFOGRAFIK] Memperingati Ismail Haniyeh
Berikut adalah infografik berkenaan dengan Memperingati Ismail Haniyeh.
[TERKINI] Ada pihak tidak berminat capai genjatan senjata - Tok Mat
Tindakan pembunuhan pemimpin Hamas Ismail Haniyeh jelas membuktikan bahawa ada pihak yang tidak berminat langsung untuk mencapai perjanjian gencatan senjata.
[TERKINI] Tindak balas bukan lagi kemungkinan, hanya tunggu masa
Negara menjangka tindak balas kelompok “The Axis of Resistance” akan lebih sukar dibendung selepas pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyah.
Ringgit teruskan momentum mengukuh, ditutup pada paras 4.63
Ringgit meneruskan momentum pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dengan mengakhiri urus niaga di paras 4.63 pada Isnin.
Pengukuhan ekonomi, ringgit dorong Malaysia capai status berpendapatan tinggi menjelang 2027 - Rafizi
Malaysia mampu mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2027 sekiranya ekonomi negara tumbuh empat hingga lima peratus setiap tahun.
Ringgit cecah paras 4.65 semula berbanding dolar AS
Ringgit menutup minggu ini lebih kukuh berbanding dolar AS, pada 4.6550/6605 hari ini berbanding 4.6600/6625 yang disaksikan semasa penutup Khamis.
Ringgit ditutup mengukuh sedikit berbanding dolar AS, mata wang utama
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.6705/6735 berbanding dolar AS daripada 4.6720/6745 pada akhir urus niaga semalam.
Maybank IB unjur ringgit cecah 4.60 menjelang akhir tahun ini
Ia susulan kepada potensi Fed menurunkan kadar faedahnya dan BNM mengekalkan OPR pada 3.00 peratus.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US
Ringgit meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, disokong oleh sentimen dan permintaan yang lebih baik untuk unit tempatan, kata penganalisis.
Ringgit kekal ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit kekal ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis dalam keadaan peningkatan prospek pengurangan kadar faedah AS, kata penganalisis.
Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7180/7210 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7200/7225 pada Selasa.
Ringgit rendah berbanding dolar AS, mengukuh berbanding mata wang serantau
Nilai ringgit susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Selasa walaupun data ekonomi negara maju itu lemah.
Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit diniagakan pada 4.7160/7190 berbanding dolar AS, tidak berubah ketika ditutup pada Khamis.