Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS

Bernama
September 15, 2023 03:15 MYT
Pada 9.05 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.6835/6890 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS pagi ini kerana Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat dijangka mengekalkan pendirian dasar monetarinya yang cenderung untuk menaikkan kadar faedah.
Pada 9.05 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.6835/6890 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) daripada penutup Khamis pada 4.6825/6850.
Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid memberitahu Bernama bahawa konsensus menjangkakan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat mengekalkan pendirian untuk menaikkan kadar faedah dalam dasar monetarinya.
Oleh itu, beliau mengunjurkan ringgit kekal lemah berbanding dolar AS.
Namun begitu, ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan menambah nilai berbanding yen Jepun kepada 3.1759/1798 daripada 3.1769/1789 pada penutup Khamis dan naik berbanding pound Britain kepada 5.8132/8200 daripada 5.8405/8436 dan lebih tinggi berbanding euro pada 4.9842/9900 daripada 5.0234/0261 sebelumnya.
Berbanding mata wang ASEAN yang lain, ringgit diniagakan bercampur-campur.
Mata wang tempatan Ia menambah nilai berbanding dolar Singapura kepada 3.4326/4369 daripada 3.4402/4423 dan naik berbanding peso Filipina pada 8.24/8.26 daripada 8.25/8.26, sebelum ini.
Ia hampir tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 304.9/305.5 daripada 304.9/305.2.
Sementara itu, ringgit menyusut nilai berbanding baht Thailand kepada 13.0897/1109 daripada 13.0792/0902, pada sesi sebelumnya.
-- BERNAMA
#ringgit #dolar AS #dagangan #mata wang asing