KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS pagi ini apabila pelabur memilih sikap tunggu dan lihat kerana mereka telah mengambil kira jangkaan mengenai kenaikan kadar, kata seorang peniaga.
Pada 9 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.7425/7465, tidak berubah berbanding dolar AS daripada penutupan Khamis pada 4.7425/7460.
Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research berpendapat pelebaran spread yang berterusan antara Kadar Dana Persekutuan (FFR)-Kadar Dasar Semalaman (OPR) boleh membawa kepada kelemahan ringgit selanjutnya.
Ia berkata pelebaran spread FFR-OPR, yang meningkat daripada +63 mata asas (bps) kepada +113 mata asas, pada umumnya negatif untuk FBM KLCI (korelasi -58 peratus) dan berpotensi menyebabkan ringgit terus lemah.
"Justeru, kami menjangkakan pergerakan dolar AS berbanding ringgit berpurata pada 4.44 untuk tahun ini dan 4.80 pada akhir tahun," kata HLIB Research dalam nota hari ini.
Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus, kenaikan keempat berturut-turut sejak Mei tahun ini, apabila Jawatankuasa Dasar Monetari bank pusat itu memutuskan untuk melaraskan lagi tahap akomodasi monetari.
Sebelum ini, Rizab Persekutuan AS (Fed) mengumumkan satu lagi kenaikan besar sebanyak 75 mata asas pada hari Rabu, menjadikan FFR lebih tinggi kepada julat 3.75 hingga empat peratus.
Sementara itu, hari ini ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama yang lain.
Mata wang tempatan menambah nilai berbanding pound Britain kepada 5.3040/3085 daripada 5.3372/3411 pada penutup Khamis dan mengukuh berbanding euro kepada 4.6249/6288 daripada 4.6258/6292 sebelumnya.
Bagaimanapun, ringgit menyusut nilai berbanding dolar Singapura kepada 3.3363/3395 daripada 3.3353/3383 dan lemah berbanding yen Jepun kepada 3.2001/2030 daripada 3.1992/2018 semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 04 2022

Pada 9 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.7425/7465, tidak berubah berbanding dolar AS. - Gambar hiasan

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Pada jam pagi, mata wang tempatan pada 4.4200/4275 berbanding dolar AS daripada 4.4200/4235 ketika ditutup semalam.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS bagi hari ketiga berturut-turut
Pada 6 petang, unit tempatan meningkat kepada 4.4230/4270 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4270/4320 pada Rabu.

Ringgit naik 170 peratusan dalam mata berbanding dolar AS dalam sesi awal
Pada 8 pagi ini, ringgit melonjak 170 peratusan dalam mata (PIP) kepada 4.4100/4250 berbanding dolar AS daripada 4.4270/4320 yang dicatatkan pada akhir urus niaga semalam.

Ringgit melonjak berbanding dolar AS susulan peningkatan minat risiko global
Pada 6 petang, unit tempatan mencatatkan peningkatan ketara kepada 4.4270/4320 berbanding dolar AS daripada 4.4635/4680 pada Selasa.

Ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik sedikit kepada 4.4635/4680 berbanding 4.4640/4680 ketika ditutup pada Isnin.

Ringgit teruskan aliran mengukuh didorong perang dagangan AS-China yang mereda
Menjelang jam 6 petang, ringgit naik ke paras 4.4080/4110 daripada 4.4165/4200 yang dicatat pada akhir urus niaga Jumaat lepas.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS menjelang minit mesyuarat Fed
Pada pukul 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4410/4450 daripada 4.4440/4480 ketika ditutup semalam.

Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual
Pada 6 petang, ringgit naik 145 mata peratusan kepada 4.4535/4600 berbanding dolar AS daripada 4.4680/4725 ketika ditutup pada Rabu.

Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4230/4375 berbanding dolar AS daripada 4.4320/4385 semasa ditutup pada Khamis.

Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.4200/4260 berbanding dolar AS daripada 4.4400/4495 ketika ditutup pada Selasa.