Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS
Bernama
Disember 17, 2019 10:30 MYT
Disember 17, 2019 10:30 MYT
Pada 9.05 pagi, unit tempatan diniagakan pada 4.1400/1450 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.1400/1440 semalam. - Gambar hiasan
Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS hari ini dengan permintaan belum lagi meningkat, kata seorang peniaga.
Pada 9.05 pagi, unit tempatan diniagakan pada 4.1400/1450 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.1400/1440 semalam.
Peniaga itu berkata lebih banyak pelabur mengalihkan minat terhadap mata wang selamat selepas kedua-dua gergasi ekonomi dunia Amerika Syarikat (AS) dan China bersetuju dengan 'fasa pertama' perjanjian perdagangan mereka.
"Bagaimanapun, pasaran kekal berhati-hati kerana AS tidak menunjukkan sebarang petunjuk mengurangkan lagi tarif pada masa depan," katanya.
Sementara itu, berbanding kumpulan mata wang utama, ringgit diniagakan bercampur-campur.
Unit tempatan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0544/0584 daripada 3.0542/0583 dan susut berbanding euro kepada 4.6107/6179 daripada 4.6086/6148.
Ringgit meningkat berbanding yen kepada 3.7791/7847 daripada 3.7836/7876 dan naik berbanding pound Britain kepada 5.5016/5099 daripada 5.5194/5264.
-- BERNAMA
#Amerika Syarikat
#AS
#Britain
#China
#ekonomi
#mata wang
#pasaran
#peniaga
#perjanjian perdagangan
#ringgit
#Singapura
#tarif