RIM lancar Blackberry 10 dan tukar nama
AFP
Januari 30, 2013 23:22 MYT
Januari 30, 2013 23:22 MYT
Pembuat telefon pintar, Research in Motion (RIM) pada Rabu melancarkan produk terbaru syarikat itu, BlackBerry 10.
Pengenalan telefon bimbit terbaru itu dilihat satu cubaan RIM yang berpengkalan di Kanada untuk bangkit bersaing dengan pengeluar lain.
Pelancaran BlackBerry baru itu diadakan serentak dengan beberapa negara di dunia dan disiarkan secara langsung menerusi saluran YouTube.
Antara tarikan BlackBerry 10, ia menggunakan platform sistem operasi baru.
Ia diharap mampu bersaing dengan produk Samsung dan Apple serta pengeluar lain yang menggunakan sistem operasi tersendiri.
Di majlis yang sama Ketua Pegawai Eksekutif RIM,Thorsten Hein. turut mengumumkan nama baru RIM yang kini dikenali sebagai BlackBerry.