RichWorks anjur seminar percuma, bimbing usahawan

Ehsan A Marisah
Februari 20, 2021 17:39 MYT
RichWorks turut memperkenalkan program baharu, iaitu Bina Bisnes Berjaya Edisi Khas - Your First Million Summit yang diadakan secara percuma pada 26 hingga 28 Februari ini. - Gambar RichWorks
KUALA LUMPUR: Penganjur acara dan seminar, RichWorks International Sdn Bhd (Richworks) menganjurkan Seminar Bina Bisnes Berjaya 2021 yang bakal melengkapkan usahawan dengan ilmu, latihan dan bimbingan untuk mengatasi COVID-19 serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di samping membantu mencapai keuntungan jutaan ringgit dalam jangka masa enam hingga 12 bulan.
Seminar percuma melalui aplikasi Zoom itu bermula pada 6 Februari lalu, dari jam 9 pagi hingga 10 malam yang diadakan setiap hujung minggu pada hari Sabtu hingga Mac depan.
Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks, Radz Mohd berkata, matlamat seminar itu adalah untuk membimbing usahawan dan bakal usahawan dalam ilmu perniagaan dengan formula terbukti berkesan, menyemai semangat keusahawanan dan meningkatkan kemampuan perniagaan.
“Ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab kami untuk membantu memacu ekonomi dan memastikan pembangunan sosioekonomi yang inklusif dan bermakna ke arah masyarakat yang lebih sejahtera.
“Mereka (peserta) akan dapat merasai perkongsian dari pengasas dan mentor Richworks, Datuk Wira Dr Azizan Osman serta TITANS, gelaran untuk usahawan-usahawan seperti jenama Sabella, Mamasab Bakery, Noir, Nurraysa dan ramai lagi yang telah berjaya, termasuklah usahawan dari Indonesia, Brunei dan Singapura,” katanya dalam pelancaran Seminar Bina Bisnes Berjaya 2021 pada Sabtu.
Mengulas lanjut, beliau menambah, RichWorks telah berjaya membantu seramai 400,000 peserta melalui perniagaan berkesan sepanjang tahun lalu dan seramai 65,000 peserta menyertai seminar setakat ini.
“Untuk 2021, kami menyasarkan untuk membantu lebih 1.8 juta usahawan untuk belajar dan mendalami ilmu perniagaan. Semoga ini menjadi platform permulaan terbaik serta dapat meningkatkan perniagaan dan taraf hidup mereka.
“Kami juga akan menaja sepuluh usahawan mengikuti Program SPIRE Mentoring RichWorks, iaitu program latihan bimbingan intensif yang bernilai RM250,000. Pemohon hanya perlu menulis aspirasi untuk capai RM1 juta pertama” katanya lagi.
Dalam pada itu, satu program baharu turut diperkenalkan, iaitu “Bina Bisnes Berjaya Edisi Khas - Your First Million Summit” yang diadakan secara percuma pada 26 hingga 28 Februari ini.
Mereka yang berminat untuk menyertai boleh layari www.binabisnesberjaya.com atau sebarang pertanyaan lanjut, boleh emel ke inquiries@richworks.com.
*Artikel ini adalah kandungan berbayar.
#seminar #Richworks #Bina Bisnes Berjaya #PKS #IKS #perintah kawalan pergerakan #COVID-19 #PKP #ekonomi #usahawan
;