RHB naikkan kadar BR, BLR BFR sebanyak 25 mata asas pada 18 Mei

Bernama
Mei 11, 2022 21:19 MYT
Kadar deposit tetap RHB Bank dan RHB Islamic Bank juga akan dinaikkan berkuat kuasa pada tarikh yang sama. - Gambar/ EPA
KUALA LUMPUR: RHB Banking Group akan melaras naik kadar asas (BR) dan kadar pinjaman asas/pembiayaan asas (BLR/BFR) sebanyak 25 mata asas berkuat kuasa 18 Mei, 2022, selajar dengan peningkatan kadar dasar semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia hari ini.
Kumpulan perbankan itu berkata, RHB Bank Bhd, RHB Islamic Bank Bhd dan RHB Investment Bank Bhd akan menaik kadar asas mereka daripada 2.50 peratus kepada 2.75 peratus setahun dan juga melaras naik BLR/BFR daripada 5.45 peratus kepada 5.70 peratus setahun.
BACA: BNM naikkan OPR kepada 2.0 peratus
"Sejajar dengan pelarasan itu, kadar deposit tetap RHB Bank dan RHB Islamic Bank juga akan dinaikkan berkuat kuasa pada tarikh yang sama," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
#RHB #Bank Negara #kadar OPR #kesan kenaikan OPR
;