RHB dan Ambank bakal bergabung?
Luqman Hariz
Mei 31, 2017 23:10 MYT
Mei 31, 2017 23:10 MYT
RHB dan Ambank telah memohon secara berasingan kepada Bursa Malaysia untuk menggantung dagangan saham mereka pada 1 Jun 2017.
Kedua-dua permohonan dari RHB dan Ambank telah diluluskan oleh Bursa Malaysia pada hari yang sama.
Penganalisis industri menjangka, langkah ini diambil untuk kedua-dua bank memulakan rundingan untuk bergabung.
Berdasarkan data dari Bloomberg, RHB dan Ambank masing-masing merupakan bank kelima dan ketujuh terbesar di Malaysia berdasarkan permodalan pasaran.
Jika kedua-dua bank tersebut bergabung, ia bakal membentuk bank keempat terbesar di Malaysia dengan jumlah permodalan pasaran sebanyak kira-kira RM37 billion, selepas Maybank, Public Bank dan CIMB.