Reza: Perlu ada rombakan besar dalam implementasi dasar untuk usahawan
Astro Awani
September 13, 2013 12:15 MYT
September 13, 2013 12:15 MYT
Malaysia mempunyai banyak dasar dan program yang memberi fokus kepada usahawan tetapi proses melaksanakannya kurang berkesan.
Ini adalah pendapat Pengarah urusan Terato tech Reza Razali yang berkata ini adalah satu perkara yang membimbangkan.
“Dari pengalaman saya, kami pernah cuba mengumpul dana dengan program dalaman yang dapat membantu usahawan muda tapi sudah 19 minggu pun, masih belum terkumpul dana itu.
“Kalau diluar negara, dana itu dapat dikumpul dalam hanya dua minggu,” katanya.
Reza berpendapat perlu ada rombakan besar dalam implementasi program dan dasar untuk usahawan.
Klik video untuk laporan penuh Astro Awani.