Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) menerima peruntukan mengurus berjumlah RM112 juta menerusi Bajet 2017, meningkat sebanyak RM1 juta berbanding tahun ini.
Ketua Pengarah Rela, Zulkifli Abidin berkata penambahan peruntukan berkenaan akan digunakan bagi program 'Bakti Rela' yang memberi tumpuan pada isu dan hal kebajikan anggotanya.
"Peruntukan mengurus ini tidak termasuk RM80 juta yang diperuntukan kerajaan pada tahun hadapan bagi membekal pakaian seragam kepada lebih 200,000 anggota Rela.
"Peningkatan peruntukan ini sangat dihargai warga Rela. Walaupun kebanyakan jabatan lain dikurangkan peruntukan mereka, Rela menerima peruntukan tambahan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Amanat Ulung Ketua Pengarah Rela baharu di sini, hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Rela Hashim Shikh Ab Kadir dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Rela Kamarudin Mohd Rapig.
Zulkifli, 43, yang sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Rela dari 2011 hingga 2015 dilantik sebagai Ketua Pengarah Rela berkuat kuasa 22 Okt lepas bagi menggantikan Datuk Kamariah Mohd Noah yang bersara wajib.
Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Kepujian) dalam bidang Komunikasi dari Universiti Islam Antarabangsa dan pernah memegang beberapa jawatan di Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Dalam Negeri.
Zulkifli berkata bagi terus memperkasa dan memperkukuhkan kedudukan Rela, empat strategi akan dilaksanakan iaitu pemantapan modal insan, mengaktifkan peranan Rela sebagai mata dan telinga kerajaan, menaik taraf kebajikan warga Rela dan meningkatkan integriti pegawai dan anggotanya.
"Rela akan memantapkan pemantauan di pusat penjualan gas dan minyak di sempadan bagi mengesan kegiatan penyeludupan minyak masak atau gas yang menggunakan kenderaan asing.
"Anggota yang bertugas akan menyalurkan maklumat berhubung kegiatan tersebut kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri untuk tindakan lanjut," katanya.
Beliau berkata Rela juga akan mengkaji elaun anggotanya yang kali terakhir dinaikkan pada 2010 iaitu daripada RM4 kepada RM6 sejam selaras dengan peningkatan kos sara hidup pada masa kini selain insurans kelompok dan rawatan perubatan percuma yang diterima.
Sehingga kini keahlian anggota Rela adalah kira-kira tiga juta orang, iaitu berkurangan 0.8 juta berbanding sebelum program pemutihan dilaksanakan, katanya. - BERNAMA
Bernama
Sat Nov 19 2016

Penambahan peruntukan berkenaan akan digunakan bagi program 'Bakti Rela' yang memberi tumpuan pada isu dan hal kebajikan anggotanya. - Gambar fail
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Black Hanifah kongsi pengalaman menerusi ceramah motivasi
Mendekatkan diri dengan generasi belia Felda dan menyertai jelajah beberapa sekolah sekitar Felda, Black menganggap peluang sebagai satu cara untuknya berbakti kepada masyarakat.

Maklumat autisme boleh dilayari di laman web MIND
Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor pada Isnin melancarkan laman web Malaysian Information Network on Disabilities (MIND).