Rayani Air akan rayu untuk peluang kedua

Astro Awani
Jun 13, 2016 09:22 MYT
Ravi (kanan) berkata melalui satu kenyataan media berkata syarikat itu kini dalam proses pemulihan. - Gambar fail
Syarikat penerbangan Rayani Air akan mengemukakan rayuan berikutan pembatalan lesen perkhidmatan udara (ASL) dan sijil operasi udara (AOC) oleh Suruhanjaya Penerbangan (Mavcom) dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA)
Pengasasnya, Ravi Alegandrran melalui satu kenyataan media berkata pihaknya akan berbuat demikian kerana syarikat itu kini dalam proses pemulihan.
Menurutnya, pengurusan Rayani Air sedang dalam perbincangan dengan pelabur baharu tentang pengambilalihan syarikat.
Awal hari ini, Jabatan DCA telah membatalkan Sijil Operasi Udara (AOC) bagi Rayani Air selepas melakukan siasatan penuh ke atas pentadbiran dan audit keselamatan operasi syarikat berkenaan.
DCA dalam kenyataan berkata Rayani Air sudah diberikan hak pembelaan sewaktu siasatan pada 12 Mei 2016.
Menurut Peraturan 193, Peraturan Penerbangan Awam 2016 (AOC) milik Rayani Air bernombor 54 dibatalkan selepas pertimbangan penuh hasil siasatan.
#AOC #DCA #kemuka rayuan #pembatalan lesen #penerbangan awam #Rayani Air