KUALA LUMPUR: Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) dalam proses menerima 19 tren empat gerabak baharu bagi Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya.
Menurut Rapid Rail dalam kenyataan hari ini, menerusi projek Kuala Lumpur Additional Vehicles 27 (KLAV27) itu, tren-tren tersebut akan diterima secara berperingkat bermula Jun 2023 sehingga Disember 2024 dan akan menggantikan sebahagian daripada operasi tren dua gerabak yang diguna pakai sejak 1998.
Bagi operasi penambahbaikan perkhidmatan LRT itu pula, Rapid Rail memaklumkan pihaknya masih menunggu penerimaan 'tachometer' (alat yang digunakan untuk mengukur kelajuan putaran enjin) yang ditempah pada pertengahan Mei 2022 daripada pembekal di Eropah.
"Pihak Rapid Rail telah menerima surat daripada pembekal menyatakan jadual penghantaran alat ganti ini mengalami kelewatan daripada jadual asal iaitu bulan Disember 2022 disebabkan masalah bekalan komponen elektronik bagi 'tachometer' tersebut.
"Jangkaan tarikh baharu penghantaran alat ganti akan diterima secara berperingkat dari sekarang sehingga Mei 2023. Bagaimanapun, pihak Rapid Rail sedang dalam perbincangan dengan pihak pembekal agar penghantaran alat ganti tersebut dapat dipercepatkan," menurutnya.
Menurut kenyataan itu, kerja-kerja penukaran akan segera dijalankan dan kekerapan tren dijangka kembali kepada tiga minit menjelang September 2023 setelah menerima alat ganti tersebut.
Mengenai status terkini operasi penambahbaikan perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Kajang, program penggantian roda sedang giat dijalankan dan Rapid Rail telah membeli sebanyak 1,040 unit roda baharu yang akan diterima secara berperingkat untuk penggantian itu.
"Proses penggantian ini telah bermula sejak Jun 2022 dan dijangka siap pada Ogos 2023. Kerja-kerja penggantian memerlukan tempoh masa bagi memastikan kualiti pemasangan dijalankan secara terperinci dan teliti demi keselamatan pengguna.
"Melalui proses penggantian ini, lebih banyak tren boleh beroperasi. Penambahbaikan secara progresif akan dapat dilihat dari sekarang dan kekerapan tren akan dapat dikembalikan kepada empat minit di waktu puncak pada Ogos 2023," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, bagi operasi penambahbaikan perkhidmatan Monorel, Rapid Rail memaklumkan menjelang Disember tahun ini, sebanyak lapan tren akan beroperasi bagi membolehkan kekerapan tren dikurangkan kepada enam minit di waktu puncak.
"Perkhidmatan Monorel kini beroperasi menggunakan tujuh set tren dengan kekerapan tujuh minit di waktu puncak dan 10 minit di luar waktu puncak pada hari bekerja.
"Selaras dengan pembukaan perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya Fasa 2 yang dijadualkan pada suku pertama 2023, perkhidmatan Monorel dijangka beroperasi menggunakan 10 set tren dengan kekerapan lima minit," menurutnya.
Dalam pada itu, pihak Prasarana turut melanjutkan waktu puncak perkhidmatan tren iaitu 7 pagi hingga 9.30 pagi (waktu puncak pagi) dan 5 petang hingga 7.30 malam (waktu puncak petang) selaras dengan penambahan kekerapan perkhidmatan Rapid Bus bagi kemudahan pengguna, bermula semalam.
"Rapid Rail akan memaklumkan perkembangan proses penambahbaikan dari semasa ke semasa kepada orang awam menerusi saluran media sosial dan media massa," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 26 2022
![Rapid Rail dalam proses terima 19 tren baharu bagi LRT laluan Kelana Jaya Rapid Rail dalam proses terima 19 tren baharu bagi LRT laluan Kelana Jaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81666793165_RapidRailSdnBhd.jpg)
Menerusi projek KLAV27 itu, tren-tren tersebut akan diterima secara berperingkat bermula Jun 2023 sehingga Disember 2024. - Gambar/ Rapid Rail
![Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720085306_FadillahYusof.jpg)
Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah
Fadillah berkata perkara itu sudah berlaku ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
![Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658407048_Cabul.jpg)
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Warga Thailand seludup diesel dihadapkan mahkamah
Seorang pemandu lori warga Thailand dihadapkan ke mahkamah atas menyeleweng 322 liter minyak diesel minggu lalu.
ADUN Rembia sertai Pas: YB Kampar minta buka riben putih
Susulan pengumuman ADUN Rembia sertai Pas dalam sidang media, YB Kampar, Chong Zhemin kemuka Peraturan Mesyuarat dan menyifatkan satu penghinaan besar buat Parlimen.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
![Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720590984_DatukSeriMohamadH.jpg)
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
Kim Pan Gon undur diri kesan kepada Harimau Malaya
Apa reaksi peminat Harimau Malaya dan penganalisis sukan mengenai peletakan jawatan Kim Pan-Gon?
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
![Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712121864_TBADLYZAHARIjp.jpg)
Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk
Perkara itu dimaklumkan pihak Aerotree Defence and Services Sdn Bhd iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.
Keghairahan final Euro 2024 dibawakan ke restoran mamak
Kemeriahan dan keghairahan perlawanan final UEFA EURO 2024 antara Sepanyol dengan England di Berlin, Jerman dirasai di Malaysia, dibawakan oleh 'Astro BizOne Watch Party' di Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam.
![Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721115027_MuhammadAdiLagik.jpg)
Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas
Polis sedang berusaha mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang oleh keluarganya di Kuala Pilah sejak enam hari lepas.
![Gangguan perkhidmatan: Operasi LRT Kelana Jaya kembali normal mulai 6 pagi Rabu Gangguan perkhidmatan: Operasi LRT Kelana Jaya kembali normal mulai 6 pagi Rabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713274078_LRT.jpg)
Gangguan perkhidmatan: Operasi LRT Kelana Jaya kembali normal mulai 6 pagi Rabu
Rapid Rail memohon maaf kepada para penumpang di atas kelewatan dan kesulitan yang dialami.
![Kesesakan di Stesen LRT Jelatek berpunca masalah mekanikal tren Kesesakan di Stesen LRT Jelatek berpunca masalah mekanikal tren](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51668521555_RAPID.jpg)
Kesesakan di Stesen LRT Jelatek berpunca masalah mekanikal tren
Masalah mekanikal pada tren menjadi punca berlaku kesesakan di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Jelatek seperti yang tular di media sosial pagi ini.
![Pembukaan semula LRT Laluan Kelana Jaya lancar, gangguan sistem sementara berjaya diatasi Pembukaan semula LRT Laluan Kelana Jaya lancar, gangguan sistem sementara berjaya diatasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71668418190_LRTLaluanKelana.jpg)
Pembukaan semula LRT Laluan Kelana Jaya lancar, gangguan sistem sementara berjaya diatasi
LRT Laluan Kelana Jaya kembali beroperasi hari ini dengan stabil, walaupun terdapat gangguan sementara kepada sistem keselamatan bukan kritikal.
![Eskalator terbakar di Jalan Ampang bukan seliaan Rapid Rail Eskalator terbakar di Jalan Ampang bukan seliaan Rapid Rail](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41646661731_eskalatorterbakar.jpg)
Eskalator terbakar di Jalan Ampang bukan seliaan Rapid Rail
Rapid Rail Sdn Bhd hari ini menjelaskan eskalator di Jalan Ampang di sini, yang terlibat dengan insiden kebakaran awal pagi tadi, bukan di bawah seliaan pihaknya.
![Rapid Rail umum penutupan sementara Plaza Stesen LRT Masjid Jamek Rapid Rail umum penutupan sementara Plaza Stesen LRT Masjid Jamek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/51586998913_lrtstesen.jpg)
Rapid Rail umum penutupan sementara Plaza Stesen LRT Masjid Jamek
Rapid Rail mengumumkan penutupan sementara kesemua pintu keluar atau masuk di Plaza Stesen LRT Masjid Jamek mulai Khamis.
![Kanvas tersekat bawah tren MRT, ramai terkandas Kanvas tersekat bawah tren MRT, ramai terkandas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/51539605021_KOMUTER.jpg)
Kanvas tersekat bawah tren MRT, ramai terkandas
Hujan lebat dan angin kencang menyebabkan gangguan perkhidmatan MRT di Damansara apabila kanvas sebuah papan iklan terjatuh pada landasan.
![Monorel Jalan Imbi-Hang Tuah dijamin selamat - DBKL Monorel Jalan Imbi-Hang Tuah dijamin selamat - DBKL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-07/81404630143_295x200.jpg)
Monorel Jalan Imbi-Hang Tuah dijamin selamat - DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi jaminan perkhidmatan monorel antara stesen Jalan Imbi dan Jalan Hang Tuah adalah selamat.