Rangka tindakan OGSE dilancar, persiapan peralihan dalam industri minyak, gas

Umavathi Ramayah
April 27, 2021 13:03 MYT
Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ia adalah selari dengan pelan peralihan kepada tenaga boleh diperbaharui yang semakin berkembang. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Kerajaan hari ini melancarkan Rangka Tindakan (Blueprint) Industri sektor perkhid­matan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Nasional 2021-2030 sebagai mendepani peralihan dalam industri minyak dan gas negara agar sektor berkenaan kekal rele­van pada masa hadapan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ia adalah selari dengan pelan peralihan kepada tenaga boleh diperbaharui yang semakin berkembang.
“Dengan pelancaran Rangka Tindakan hari ini, saya berharap industri OHSE akan terus berkembang selari dengan perkembangan teknologi serta dalam menjadikan minyak dan gas Malaysia bersih.
“Saya juga berharap sektor OGSE Malaysia akan memanfaatkan teknologi untuk menyokong aspirasi kemampanan dalam mengurangkan pelepasan karbon,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Rangka Tindakan OGSE 2021-2030 dan Geran Pembangunan OGSE di sini, pada Selasa.
BERITA LANJUT MENYUSUL
#minyak dan gas #blueprint #Mustapa Mohamed #Rangka Tindakan #sektor industri #Tenaga Boleh Diperbaharui #OGSE malaysia #karbon #teknologi
;