Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 dibentang bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat

Bernama
Februari 21, 2023 05:21 MYT
Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023) dibentangkan Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan. - Fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023) dibentang bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.
Rang undang-undang itu dibentangkan Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan.
Rang undang-undang itu adalah bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2023.
Ahmad berkata rang undang-undang berkenaan akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua pada 4 petang, Jumaat ini.
Ia dijadual dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan.
Berdasarkan Takwim Persidangan Dewan Rakyat, Ahli Parlimen dijadualkan mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 bagi peringkat dasar selama enam hari dan peringkat jawatankuasa selama 10 hari.
-- BERNAMA
#Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 #Belanjawan 2023 #Ahmad Maslan #Dewan Rakyat