Rancang semula kerangka kerja, pastikan pekerja dilindungi - Mohamed Azmin
Astro Awani
Jun 30, 2021 11:21 MYT
Jun 30, 2021 11:21 MYT
KUALA LUMPUR: Peraturan dalam kerangka kerja perlu dirancang untuk memastikan inovasi teknologi, persekitaran perniagaan yang terbuka dan tidak diskriminatif sekali gus melindungi pengguna dan pekerja, dan menangani gangguan yang tidak diinginkan.
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ia memastikan negara mengikut jalan pemulihan dan pertumbuhan ekonomi yang berterusan.
"Pertumbuhan produktiviti yang berterusan bergantung kepada model produktif, individu dan pekerjaan. Langkah-langkah untuk membentuk semula tenaga kerja negara menjadi lebih dinamik dan berdaya tahan sangat penting untuk memulakan semula produktiviti.
"Program peningkatan kemahiran dan pengambilan pekerja harus dimulakan untuk memperoleh semula permintaan dalam kemahiran berkenaan.
"Dengan aspirasi pelaburan nasional diarahkan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi dan destinasi utama untuk industri berteknologi dan berimpak tinggi, proses transformasi digital mesti bergerak seiring pembuatan pintar dan perkhidmatan yang berkaitan serta penyediaan penyelesaian untuk teknologi canggih," katanya semasa merasmikan Laporan Produktiviti 2021 Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) bertema Boosting Productivity: Reset, Reform, Rebound secara maya pada Rabu.
Dalam pada itu kata Mohamed Azmin, pandemik COVID-19 telah mempengaruhi kehidupan dan mata pencarian kita pekerja sekali gus menyebabkan gangguan besar kepada industri, perniagaan dan mempengaruhi pertumbuhan produktiviti.
Ujarnya, fasa pembaharuan peraturan ke tahap baru akan peningkatan pembuatan dasar dan penyampaian.
Jelas Mohamed Azmin, ia sekali gus memastikan perniagaan dapat memanfaatkan peluang di pasaran global, semasa dan yang baru muncul.