Radium Development Berhad komited perkasa komuniti, pembangunan negara bangsa

Astro Awani
Mac 10, 2023 12:57 MYT
Radium Development Berhad komited memartabatkan masyarakat dan menyumbang ke arah pembinaan negara lantaran melihat ia penting bagi setiap orang mempunyai peluang memiliki rumah sendiri dan menikmati kehidupan sepenuhnya. - Foto Radium
KUALA LUMPUR: Radium Development Berhad komited memartabatkan masyarakat dan menyumbang ke arah pembinaan negara lantaran melihat ia penting bagi setiap orang mempunyai peluang memiliki rumah sendiri dan menikmati kehidupan sepenuhnya.
Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif Radium Development Berhad, Tan Sri Mhd Amin Nordin Abdul Aziz menjelaskan, matlamat syarikat tersebut adalah mewujudkan pembangunan di mana komuniti berkembang maju dan setiap rumah yang dibina menjadi idaman untuk didiami atau dimiliki untuk pelaburan oleh semua.
Hasilnya, pihak beliau menumpukan semua usaha bagi membangunkan bangunan kediaman dan komersial yang berkualiti dengan kemudahan moden yang canggih.
“Di bawah pimpinan Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Gary Gan Kah Siong, Radium berpendirian bahawa syarikat kami lebih dari pemaju hartanah, selaras dengan moto ‘Building Good’; yang bermaksud membina demi kebaikan dan kami berjanji membawa perubahan.
“Kami di Radium sentiasa berusaha untuk memastikan setiap pembangunan adalah jaminan kehidupan yang mampan dengan nilai jangka panjang,” katanya dalam temu bual Astro AWANI baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Mhd Amin Nordin memaklumkan, Gary Gan adalah individu penting dalam transformasi kawasan Setapak seiring aspirasi dalam menyokong Dasar Setinggan Sifar oleh kerajaan sejak tahun 2000.
“Beliau bukan sahaja berusaha memenuhi kehendak dan keperluan perumahan di bandar yang semakin pesat; beliau telah memastikan pembangunan yang dibina adalah rumah pada harga mampu milik yang selesa dan berkualiti, lengkap dengan kemudahan dan fasililti yang canggih dan moden untuk masyarakat di Setapak.
“Ini juga membolehkan penduduk setinggan yang terlibat ketika itu meningkatkan taraf hidup dan memberi tumpuan kepada menjalani kehidupan yang lebih bermakna,” katanya.
Mengulas berkenaan pembangunan projek pada tahun ini, pihaknya memfokuskan kepada pembangunan R Suites Chancery Residences di Ampang, Kuala Lumpur yang mempunyai nilai pembangunan kasar sebanyak RM521 juta.
“Projek pegangan bebas dengan keluasan tanah 2.18 ekar yang mengandungi 944 suite kediaman dilengkapi kemudahan unik dan moden serta ‘co-working space’ atau ruang kerja bersama dan 145 bilik hotel yang akan diuruskan oleh sebuah badan pengurusan hotel bebas dan berpengalaman; yang dijangka dapat menjana pendapatan untuk menampung perbelanjaan operasi hartanah.
“Unit di Chancery bermula dari RM422,000 dengan pakej istimewa untuk masa yang terhad,” katanya.
Sementara itu, beberapa pembeli turut gembira dengan kualiti hartanah yang dijual serta khidmat pelanggan yang ditawarkan.
“Saya sangat berpuas hati dengan hasil pembangunan. Projek telah siap pada masa ditetapkan dan saya dapat kunci dua bulan lebih awal daripada tarikh asal penyerahan kunci dan saya sangat gembira dengan hasil, selain harga yang sangat berpatutan,” kata pelanggan, Rosemiah Mohamed.
“Kita ini selesa duduk di kawasan pemindahan iaitu di rumah pangsa Danau Kota, iaitu kategori kos rendah. Saya amat bangga dengan beliau kerana beliau dapat menyelesaikan beberapa masalah dari yang kecil sehinggalah yang berat untuk menyelesaikan pemindahan kami. Kualiti rumah yang kami duduki pun Alhamdulillah untuk pemindahan kami sewaktu tahun 2000 lalu,” kata pelanggan Al’ Ahadza Mohamed Liza.
“Sekarang saya duduk di Setapak di bawah pembangunan Datuk Gary Gan yang banyak membantu di kawasan ini. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Gary Gan,” kata salah seorang pelanggan, R. Kevin Ramesh.
Radium Development Berhad | Memperkasa komuniti, pembangunan negara bangsa
#Radium Development Berhad #Datuk Gary Gan Kah Siong #Tan Sri Mhd Amin Nordin Abdul Aziz #R Suites Chancery Residences
;