Qayra Beauty berjaya lahirkan usahawan berstatus jutawan
Astro Awani
Februari 19, 2024 12:10 MYT
Februari 19, 2024 12:10 MYT
KOTA BHARU: Bermula dengan perniagaan secara kecil-kecilan di rumah bersama anak dan suami, akhirnya seorang wanita berjaya mencipta kejayaan dengan muncul sebagai usahawan berstatus jutawan sewaktu COVID-19 melanda dunia.
Pengalaman pemilik dan pengasas Qayra Beauty Empire, Noor Faqirah Abdullah, yang bermula dari bawah ingin dikongsikannya dengan usahawan lain supaya mampu meraih pendapatan jutaan ringgit seperti beliau.
Noor Faqirah atau Qayra bertekad untuk melahirkan lebih ramai usahawan berstatus jutawan sepanjang tahun 2024 ini melalui produk keluarannya Qayra Beauty Empire.
Ia menjadi sasaran Qayra Beauty Empire selepas lima daripada 11,000 ribu usahawan Qayra Beauty Empire, berjaya meraih jualan lebih sejuta ringgit pada tahun lepas.
"Tujuan Qayra beauty Award diadakan adalah untuk menghargai usahawan Qayra Beauty di seluruh Malaysia. Kita ada lebih 11,000 usahawan di seluruh Malaysia.
"Perancangan tahun 2024 ini kami nak kongsikan... nak membuka lebih banyak lagi peluang kepada usahawan supaya dapat menjana pendapatan bersama Qayra Beauty.
"Jadi kepada sesiapa sahaja yang ingin menjana pendapatan bersama Qayra Beauty boleh hubungi kumpulan kami. Kita letak sasaran melahirkan lebih 20,000 usahawan pada tahun ini," katanya ketika ditemui Astro AWANI.
Beliau ditemui pada majlis Qayra Milionaire 3.0 malam tadi.
Qayra Beauty Empire turut melancarkan produk Herba Kampung Tradisi (HKT) yang telah melalui proses pembaharuan dan penambahbaikkan pada majlis berkenaan.
Mengulas lanjut, Qayra berkata, perjalanan perniagaannya bermula dari bawah sebelum mampu menyewa kedai kecil dan akhirnya kini berjaya memiliki bangunan sendiri dinamakan Wisma Qayra Beauty.
"Dengan semangat dan pengorbanan, mereka di luar sana mampu membuat jualan mencecah jutaan ringgit. Ini bukan mustahil kerana memang ada usahawan kami yang meraih pendapatan lebih sejuta ringgit selepas bersama dengan Qayra Beauty.
"Usahawan yang berjaya membuat jualan lebih sejuta ringgit itu dapat membeli aset seperti rumah dan kereta, selain melangsaikan hutang yang ada," tambahnya lagi.
Beliau berkata, jenama Qayra Beauty sudah enam tahun berada di pasaran menyaksikan peningkatan demi peningkatan.
"Produk kami bermula tahun 2019, jadi ini tahun kelima Qayra Beauty berada di pasaran, kita punya usahawan meningkat dari semasa ke semasa," katanya.
Berkongsi pengalamannya, Qayra berkata, beliau sebenarnya bermula sebagai peniaga di pasar tani bersama suaminya di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di Tunjung, Kota Bharu.
Bermula dari situ, sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), perniagaannya melonjak mendadak dan berjaya mencecah lebih tiga juta unit jualan produk HKT.
Qayra berkata, saingan pelbagai produk kesihatan dan kecantikan di pasaran masa kini tidak menjadi kekangan kerana Qayra Beauty terkenal dengan produk berkualiti yang dikeluarkan sehingga mendapat tempat di hati pengguna.
*Artikel ini adalah kandungan berbayar