Qantas umum kerugian AS$1.7 bilion akibat COVID-19

Astro Awani
Ogos 26, 2021 05:25 MYT
Ramalan Qantas untuk menyambung semula perjalanan antarabangsa adalah berdasarkan kepada perjanjian yang dicapai oleh kerajaan.
SYDNEY: Susulan daripada pandemik COVID-19, syarikat penerbangan yang berpangkalan di Sydney, Qantas umum kerugian mencecah sehingga AS$1.7 bilion.
Melihat ke hadapan, Qantas menjangkakan penerbangan ke negara-negara dengan kadar vaksinasi tinggi termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun dan Singapura akan bermula pada pertengahan Disember tahun ini.
Manakala, penerbangan ke negara-negara dengan kadar vaksinasi lebih rendah termasuk Indonesia, Filipina dan Afrika Selatan akan bermula selewat-lewatnya pada April tahun depan.
Ramalan Qantas untuk menyambung semula perjalanan antarabangsa adalah berdasarkan kepada perjanjian yang dicapai oleh kerajaan, iaitu negara yang bersetuju membuka semula pintu sempadan selepas program vaksinasi mencapai sasaran 80 peratus.
Untuk rekod, Australia melaksanakan sekatan di pintu sempadan paling ketat di dunia sejak Mac 2020.
#COVID-19 #Qantas #kerugian #penerbangan
;