Pusat Perhubungan Asia Pasifik Huawei ditempatkan di Malaysia

Pritha Manivannan
Januari 18, 2016 18:45 MYT
Pusat Huawei di negara ini membolehkan syarikat menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna telefon pintar di rantau Asia Pasifik - Foto AFP
Penyedia teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) Huawei Technologies memilih Malaysia untuk menempatkan Pusat Perhubungan Asia Pasifiknya, yang akan memperluaskan perkhidmatan sokongannya kepada pelanggan di 12 pasaran utama di rantau Asia Pasifik.
Ketua Pegawai Pemasaran Huawei Pasifik Selatan Henry Hsu berkata pusat itu akan membolehkan syarikat menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna telefon pintar di rantau ini.
"Selain itu, Malaysia adalah antara pasaran utama selepas China dan dasar pelaburannya yang menggalakkan serta lokasi yang strategik menjadikannya pilihan terbaik bagi kami menempatkan Pusat Perhubungan Asia Pasifik kami di sini," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata jumlah penghantaran kekal mencatatkan trend pertumbuhan kukuh jauh melangkaui kadar pertumbuhan purata.
Pusat ini menawarkan empat jenis saluran komunikasi talian hotline bebas tol, mesej segera melalui laman web rasmi Huawei, e-mel dan platform media sosial.
Pusat itu akan menggunakan 10 bahasa termasuk Bahasa Malaysia, Bahasa Indonesia, Kemboja dan Thai.
#Asia Pasifik #Henry Hsu #Huawei #Ketua Pegawai Pemasaran Huawei Pasifik Selatan #Malaysia
;