Pulau Pinang catat pelaburan pembuatan RM6.3 bilion pada suku pertama 2022

Bernama
Jun 28, 2022 18:56 MYT
Secara khususnya, pelaburan langsung asing (FDI) menyumbang 98 peratus daripada jumlah aliran masuk pelaburan, menjadikan Pulau Pinang sebagai penerima FDI pembuatan tertinggi di Malaysia. - Gambar fail
BATU KAWAN: Pulau Pinang mencatatkan pelaburan pembuatan yang diluluskan berjumlah RM6.3 bilion pada suku pertama 2022, membuka jalan untuk menjadi antara penyumbang utama negara daripada segi jumlah aliran masuk pelaburan tahun ini, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow
Chow berkata, Pulau Pinang memperoleh rekod tertinggi sebanyak RM76.2 bilion dalam jumlah pelaburan pembuatan yang diluluskan pada 2021 dengan ketara melebihi prestasi tahun-tahun sebelumnya.
"Secara khususnya, pelaburan langsung asing (FDI) menyumbang 98 peratus daripada jumlah aliran masuk pelaburan, menjadikan Pulau Pinang sebagai penerima FDI pembuatan tertinggi di Malaysia," katanya.
Chow berkata, Pulau Pinang daripada segi perdagangan ia berada di kedudukan teratas negara pada 2021 dengan nilai eksport tertinggi iaitu sebanyak RM354 bilion.
"Produk elektrik dan elektronik serta peranti perubatan merangkumi kira-kira 80 peratus daripada jumlah eksport Pulau Pinang tahun lepas," katanya.
Syarikat tersebut adalah syarikat teknologi perubatan global terkemuka yang mempunyai kepakaran dalam ortopedik, perubatan sukan, telinga, hidung dan tekak serta subsegmen pengurusan berkaitan luka, katanya.
- BERNAMA
#pulau pinang #pelaburan pembuatan #pelaburan langsung asing #FDI tertinggi
;