PUC muncul kaunter paling aktif di Bursa

Bernama
Disember 28, 2017 13:32 MYT
Dalam kenyataan semalam, PUC berkata pengambilalihan Pictureworks Holdings SB dijangka menjana lebih 25 peratus keuntungan masa depan kumpulan. - Legoland.com.my
PUC Bhd muncul kaunter paling aktif di Bursa Malaysia pada awal dagangan hari ini selepas pengumuman cadangan untuk membeli satu pertiga saham dalam syarikat perkhidmatan pengimejan kepada Kidzania dan Legoland Malaysia pada RM52.8 juta di bawah rancangan untuk memperluaskan asas perolehan pengiklanan dan medianya.
Pada pukul 10.11 pagi, kaunter, yang dibuka pada 35 sen naik kepada 35.5 sen, dengan 109.52 juta saham bertukar tangan.
Dalam kenyataan semalam, PUC berkata pengambilalihan Pictureworks Holdings SB dijangka menjana lebih 25 peratus keuntungan masa depan kumpulan.
"Lembaga pengarah telah mengenal pasti sektor penghasilan imej sebagai segmen perniagaan baru bagi membolehkan PUC Group memperluaskan portfolio perniagaannya dan untuk mempelbagaikan sumber perolehannya," katanya dan menambah pengambilalihan berkenaan akan diselesaikan melalui penerbitan saham baru dan secara tunai. -- Bernama
#KidZania #Legoland #Pictureworks #PUC Berhad
;