PTP menang Pengendali 'Terminal Hijau Terbaik '
Roshdi Lidun
Oktober 22, 2012 12:25 MYT
Oktober 22, 2012 12:25 MYT
Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dinamakan sebagai pemenang Anugerah Pengendali "Terminal Hijau Terbaik Tahun Ini" Asia Pasifik Frost & Sullivan 2012.
Anugerah itu adalah sebahagian daripada anugerah Amalan Terbaik Tahunan Frost & Sullivan yang mengenal pasti kejayaan yang boleh dicontohi dalam kepelbagaian industri dan fungsi.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PTP Azlan Shahrim telah menerima anugerah itu bagi pihak PTP pada majlis penyampaian anugerah itu.
Mengulas mengenai anugerah itu, Azlan berkata: "Pencapaian itu adalah satu penghormatan, hasil usaha gigih secara kolektif warga kerjanya."
Katanya mereka telah menyumbangkan tanggung jawab yang cemerlang bagi membantu PTP mengurangkan pencemaran alam sekitar menggunakan proses perniagaan yang lestari.
Anugerah Kecemerlangan Hijau itu diberikan kepada syarikat yang menunjukkan kemajuan ketara di dalam meningkatkan kelestarian jangka panjang dan menguruskan impak alam sekitar operasi berikutan masing-masing, yang menghasilkan peningkatan prestasi alam sekitar keseluruhan masing-masing yang boleh diukur.
Azlan berkata: "Dengan lebih 8,000 kapal berlabuh dan pengendalian lebih 7.5 juta TEU kontena pada tahun lepas dan meningkatan seterusnya tahun ini, permintaan tenaga pelabuhan adalah besar.
"Jadi, usaha mengurangkan jumlah penggunaan fuel diesel dan menurunkan pengeluaran karbon dioksida terus menjadi keutamaan," katanya.
"PTP, dengan ini akan terus membantu alam sekitar dengan memerangani pencemaran dan mengurangkan sisa buangan dan pelabuhan itu sedang mengurangkan penggunaan tenaga yang tidak cekap dan mengitar semula serta terus melabur di dalam peralatan dan melaksanakan teknik baharu menjadikan amalan operasi lebih mesra bumi," katanya.
Rakan dan Pengarah Urusan Asia Pasifik Frost &Sullivan Manoj Menon berkata para penerima anugerah itu dinilai berasaskan impak sosial, pertumbuhan pasaran, penembusan dann impak industri keseluruhan masing-masing.
PTP menduduki tangga ke-17 pada peringkat global di dalam pengendalian kentena kerana mengendalikan 7.5 juta TEU pada tahun lepas.
Pelabuhan itu adalah hab penghantaran kapal utama global yang terletak di Selat Johor, yang terletak di sebelah utara Pelabuhan Singapura.
Pelabuhan itu, yang menyaksikan trafik kontena berkembang 15 peratus pada tahun lepas akan mengalami pembesaran yang ketara yang termasuk pelaburan dalam tempoh tiga tahun akan datang bagi pembinaan dua dermaga dan pemasangan kren dan peralatan lebih besar bagi menampung kapal berkapasiti 18,000 TEU.