Proton yakin jenamanya akan berkembang di Thailand
Bernama
November 29, 2013 07:31 MYT
November 29, 2013 07:31 MYT
Proton Holdings Bhd yakin jenamanya akan terus berkembang dalam pasaran automotif Thailand, susulan kemasukan Proton Suprima S ke negara itu, bersama-sama model Proton yang lain.
Model hatchback yang dilancarkan di Ekspo Permotoran Antarabangsa Thailand 2013 itu, terdapat dalam varian premium.
Ia merupakan model paling lengkap pengeluar automotif Malaysia itu yang diperkenalkan di pasaran Thailand dari segi prestasi, gaya, keselamatan, dinamik pemanduan dan kecanggihan.
Ketika ini, model Proton yang terdapat di Thailand ialah Prevé, Saga FLX, Gen.2 dan Exora Bold, kata pengeluar kereta nasional itu dalam satu kenyataan pada Jumaat.