Proton sasar penguasaan 30% pasaran kenderaan Segmen B

Astro Awani
Jun 15, 2013 18:05 MYT
Proton mensasarkan penguasaan 30 peratus kenderaan Segmen B di negara ini menjelang akhir 2013.
Pengerusi eksekutif Proton Tan Sri Mohd Khamil Jamil yakin pengeluar kereta nasional itu mampu mencapai sasaran jualan 80,000 unit untuk segmen berkenaan.
Menurut Mohd Khamil, Proton menjangka jualan akan terus meningkat dengan pengenalan varian terbaru Saga SV.
Beliau juga menjelaskan sejajar dengan usaha kerajaan mahu menurunkan harga kenderaan, syarikat itu sedang meneliti untuk menurunkan harga model lain keluarannya..
Klik video untuk laporan penuh Astro Awani.
#Astro Awani #Tan Sri Mohd Khamil Jamil
;