Proton naik harga bagi semua model pada 15 Feb

Anthea Yap
Februari 2, 2016 02:24 MYT
Kenaikan harga kereta Proton mulai 15 Feb ini adalah antara RM312 dan RM2,021.
Proton Holdings Berhad akan menaikkan harga bagi semua model keretanya berkuat kuasa 15 Feb ini.
Syarikat itu dalam satu kenyataan menjelaskan kenaikan harga itu adalah antara RM312 dan RM2,021.
Kenaikan itu sejajar dengan kesan kejatuhan nilai mata wang ringgit di mana ia memberi kesan kepada kos operasi syarikat serta rantaian ekosistem secara keseluruhan.
Menurut Proton Holdings, mereka telah mengambil pelbagai pendekatan bagi mengurangkan kos operasi serta memperkenalkan rasionalisasi operasinya.
Orang ramai boleh mendapat maklumat lanjut di laman web Proton bagi menyemak semula harga baru setiap model kereta keluarannya.
#kereta Proton #Proton Holdings Berhad #Proton naik harga