Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional dengan kerjasama Bumi Services Sdn Bhd melancarkan program mentor mentee makanan laut bergerak bagi mewujudkan peluang perniagaan kepada usahawan.
Sebagai permulaan seramai sembilan orang usahawan telah terpilih menyertai program ini dengan pembiayaan sebanyak RM72 ribu seorang.
Program pertama bagi tahun 2016 yang dilancarkan Tekun Nasional itu adalah berkonsepkan francais yang memberi peluang peserta dan syarikat yang bekerjasama, mengembangkan perniagaan disamping bertindak sebagai mentor kepeda peserta.
Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tekun Nasional, Datuk Baharom Embi, peruntukan bagi program tersebut turut akan ditambah sekiranya ia menampakkan hasil yang memberangsangkan.
"Kita mensasarkan peruntukkan untuk program ini sebanyak RM8 juta tahun ini bagaimanapun ia akan ditambah daripada peruntukan lain sekiranya ia membuahkan hasil yang memberangsangkan," kata Baharom.
Beliau turut berharap lebih banyak syarikat akan tampil bekerjasama dengan TEKUN untuk melahirkan lebih ramai usahawan menerusi program terbabit.
Sementara itu, Pengarah Urusan Bumi Services Sdn Bhd, Muhamad Azman Poniran berkata syarikatnya bukan sahaja bertindak sebagai pembekal ikan segar dan produk laut kepada usahawan terlibat bahkan tempat untuk mereka mempelajari selok-belok perniagaan.
"Kita akan beri bimbingan melalui latihan dengan membekalkan tiga pekerja berpengalaman kami untuk mengajar mereka selok-belok perniagaan berkaitan makanan laut seperti ikan, udang dan sebagainya.
"Selain itu kita juga akan menyediakan khidmat nasihat dalam pengurusan kewangan dan cara menjana pendapatan," ujar Azman.
Tambah Azman, menerusi program ini, peserta mampu menjana RM200 ke RM500 sehari.
Syarikatnya turut mensasarkan 20 ke 50 usahawan dapat dilahirkan menerusi kerjasama ini.
Perniagaan makanan laut bergerak tersebut akan beroperasi di sembilan kawasan yang telah dikenal pasti di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor selain pasar-pasar tani.
Nurulhana Ismail
Mon Jan 04 2016
Program yang dilancarkan Tekun Nasional itu adalah berkonsepkan francais yang memberi peluang peserta dan syarikat yang bekerjasama, mengembangkan perniagaan disamping bertindak sebagai mentor kepeda peserta. - Foto Astro AWANI
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Selasa memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.
Agenda AWANI: Empat hari berkerja seminggu, setuju?
Menilai baik buruk cadangan empat hari bekerja seminggu, apa rasional dan implikasinya terhadap produktiviti, motivasi pekerja dan sektor ekonomi dengan ambil kita perkhidmatan sektor awam juga penting kepada industri? Diskusi 8.30 malam
Situasi di Terengganu mereda, namun penduduk tetap siap siaga
Firdaus Azil meninjau situasi banjir di Terengganu dan bagaimana penduduknya melakukan persiapan bagi menghadapi gelombang banjir khususnya di hujung tahun.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, saham wajaran tinggi sokong indeks kekal pada paras 1,600 mata
Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.
Malaysia raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Trend kematian akibat lemas membimbangkan
Trend kematian akibat lemas masih berada pada tahap membimbangkan, malah tidak menunjukkan sebarang penurunan setiap tahun.
PM tetap sokong Hyundai masuk Kedah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusannya untuk membawa masuk pelaburan Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Menteri Kesihatan jawab isu berbangkit berkenaan penambahan waktu bekerja tiga jam
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad jawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen berkenaan penambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat.
17 maut dalam nahas bas di timur Brazil
Bas mmebawa 40 penumpang itu dilaporkan hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam gaung di kawasan pergunungan daerah Uniao dos Palmares.
Bantuan kepada rakyat Palestin cedera diteruskan, mekanisme berubah - PM Anwar
Beliau bagaimanapun berkata mekanisme penyaluran bantuan berkenaan akan diteliti, bagi memastikan ia lebih efektif dan berkesan.
Malaysia sedia salur bantuan kewangan kepada Lubnan - PM
Malaysia bersedia untuk menyalurkan bantuan kewangan kepada Lubnan bagi membantu mangsa yang terkesan akibat serangan Israel, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Aset udara Malaysia, Singapura tiba untuk bantu operasi penghantaran bantuan mangsa Taufan Trami
Sebuah pesawat kargo C-130 milik Tentera Udara Republik Singapura dan helikopter pengangkut Eurocopter EC725 daripada Tentera Udara Diraja Malaysia tiba di Pangkalan Udara Villamor
Ribut Tropika Kristine: 4 negara ASEAN hantar bantuan ke Filipina
Empat negara Asia Tenggara menghantar bantuan ke Filipina untuk menyokong usaha pemulihan berikutan kemusnahan yang disebabkan oleh Ribut Tropika Kristine (Trami).
200 keluarga nelayan di Pasir Gudang terima bantuan bakul makanan YSIJ
Sebanyak 200 keluarga komuniti nelayan di Pasir Gudang, Johor menerima bantuan bakul makanan sumbangan Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).
Fahmi pastikan rakyat Lembah Pantai terima bantuan, khususnya aspek pendidikan
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata beliau akan memastikan semua rakyat di kawasan Parlimen Lembah Pantai termasuk komuniti India mendapatkan bantuan sewajarnya terutama dalam aspek pendidikan.
UAE hantar tiga lagi pesawat bersama 120 tan bantuan untuk Lubnan
UAE setakat ini telah menghantar 12 pesawat yang membawa 515 tan bekalan bantuan.
Banjir: Jentera NADMA, agensi berkaitan sudah digerak ke kawasan terjejas - TPM
Koordinasi antara NADMA dan agensi itu dilakukan segera mengambil kira jangkaan musim Monsun Timur Laut (MTL) yang berlaku lebih awal daripada tempoh sepatutnya.
Jangan pilih kasih dalam beri bantuan kepada mangsa banjir - Sultan Pahang
Al-Sultan Abdullah mengingatkan mangsa banjir agar banyak bersabar dan tidak mudah menyalahkan mana-mana pihak jika terdapat isu yang berbangkit.