Prestasi segmen perladangan mengagumkan, MIDF Research naikkan unjuran pendapatan KLK RM1.04 bilion

Dagang News
November 24, 2021 10:29 MYT
MIDF Research menyemak semula unjuran pendapatan KLK bagi tahun kewangan 2023 kepada RM1.04 bilion. - Foto DagangNews.com
KUALA LUMPUR: MIDF Research menyemak semula unjuran pendapatan Kuala Lumpur Kepong Bhd (KLK) bagi tahun kewangan 2023 (TK23) kepada RM1.04 bilion berikutan prestasi yang lebih baik untuk segmen huluannya.
Firma penganalis itu berkata, walau bagaimanapun, bagi TK22 semakan menaik dalam pendapatan asas adalah lebih daripada diimbangi oleh kesan Cukai Makmur, menghasilkan unjuran keuntungan bersih yang lebih rendah sebanyak RM1146 juta.
"Kami kekal optimistik mengenai prospek kumpulan bergerak ke hadapan, berdasarkan persekitaran perniagaan yang menggalakkan di bahagian perladangan dan pembuatan serta pemerolehan IJM Plantation.
"Sumbangan keuntungan daripada segmen perladangan dijangka berdaya tahan didorong oleh jangkaan harga jualan purata yang ASP tinggi bagi minyak sawit mentah (MSM) MSM dan isirung sawit (PK)," katanya dalam nota penyelidikannya di sini hari ini.
Pada TK21, KLK mencatatkan hasil sebanyak RM19.9 bilion, peningkatan sebanyak +27.7% tahun ke tahun. Seiring dengan itu, KLK menempah pendapatan bersih sebanyak RM2.2b, melonjak >+100% tahun ke tahun daripada RM728.8m pada TK21.
"Ini didorong oleh harga MSM yang lebih tinggi, lebihan nilai saksama atas pelupusan yang dianggap sebagai syarikat bersekutu iaitu Aura Muhibah - berjumlah RM324.3 juta dan ebihan jualan tanah dan pengambilalihan kerajaan - berjumlah RM162. 6 juta.
"Pendapatan bersih TK21 KLK sebanyak RM2.2 bilion adalah melebihi jangkaan, membentuk 139.7% daripada jangkaan kami dan 114.7% daripada anggaran tahun penuh konsensus," katanya.
Tambah MIDF, keuntungan segmen perladangan bagi TK21 meningkat dengan ketara sebanyak +>100%yoy kepada RM1.6 bilion berbanding RM725.2 juta pada TK20.
"Ini terutamanya disebabkan oleh harga MSM dan PK yang menggalakkan pada RM3,211/ per tan (berbanding: TK20: RM2,344/ per tan) dan RM2,135/ per tan (berbanding: TK20: RM1,374/ per tan).
"Selain itu, prestasi cemerlang segmen ini juga didorong oleh sumbangan keuntungan daripada anak syarikat yang baru diambil alih, IJM Plantations Berhad dan peningkatan keuntungan daripada operasi pemprosesan dan perdagangan," katanya.
Artikel asal di DagangNews.com
#MIDF Research #Kuala Lumpur Kepong #kesan Cukai Makmur #pendapatan asas menaik
;