Prestasi memberangsang, Petronas tambah perbelanjaan modal 2018

Luqman Hariz
Mac 2, 2018 17:31 MYT
Petronas tidak mempunyai sebarang perancangan terperinci untuk mengurangkan saiz tenaga kerjanya tahun ini. - Foto Astro AWANI
Prestasi memberangsangkan Petroliam Nasional Berhad tahun lalu membolehkan syarikat itu untuk terus berbelanja bagi mengembangkan perniagaannya tahun ini.
Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin, tahun lalu syarikat tersebut membelanjakan RM44.5 bilion untuk perbelanjaan modal.
"Tahun ini, kami merancang untuk meningkatkan angka itu kepada sekitar RM55 bilion,” kata Wan Zulkiflee sewaktu mengumumkan keputusan kewangan syarikat itu untuk suku keempat 2017, di sini hari ini.
Setakat 2017, Petronas tidak mempunyai sebarang perancangan terperinci untuk mengurangkan saiz tenaga kerjanya tahun ini.
Petronas telah menamatkan perkhidmatan lebih 2,000 pekerja sebagai sebahagian daripada 'Projek Kaktus', inisiatif rasionalisasi kos berikut kejatuhan harga minyak pada 2014.
“Tiada apa yang istimewa tahun ini. Kami ada proses untuk mengendalikan kakitangan yang berprestasi kurang memuaskan seperti biasa,” tambahnya.
#kewangan #minyak dan gas #pembuangan pekerja #Petronas #prestasi #projek kaktus #Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin
;