Prestasi industri automotif Malaysia 2016 dijangka lemah

Pritha Manivannan
Januari 14, 2016 18:17 MYT
Menurut Frost & Sullivan jualan kenderaan dijangka turun 1.44 peratus tahun ke tahun ke 648,000 unit pada 2016. - Foto Astro AWANI / Pritha Manivannan
Industri automotif Malaysia dijangka menyusut tahun 2016.
Menurut Frost & Sullivan jualan kenderaan dijangka turun 1.44 peratus tahun ke tahun ke 648,000 unit.
Naib Presiden Mobiliti Frost & Sullivan Vivek Vaidya berkata tekanan ekonomi, kelemahan Ringgit dan peningkatan harga adalah antara punca penyusutan jumlah keseluruhan industri (TIV) 2016.
"Pengeluar peralatan asal (OEM) akan meningkatkan harga susulan kos yang meningkat.
"Pengeluar peralatan asal (OEM) akan meningkatkan harga susulan kos yang meningkat.
"Jika harga minyak mentah terus menyusut, Ringgit juga akan terus melemah. Ini akan memberi tekanan kepada OEM dan pembekal komponen," kata Vivek.
Tambah Vivek pelancaran beberapa model utama yang dijadualkan untuk 2016 dijangka membantu meningkatkan jualan kenderaan tahun ini.
Prestasi 2015
Sementara itu, segmen kenderaan peribadi melihat beberapa perubahan reka bentuk dan model baru termasuk Perodua Myvi, Honda HR-V dan Mazda3.
Pasaran saham Honda pula tumbuh susulan jualan kukuh model Jazz, City dan model terbarunya, HR-V.
Frost & Sullivan menjangka jualan kenderaan 2015 berakhir pada 657,500 unit, penyusutan 1.3 peratus tahun ke tahun susulan pelancaran Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015 dan kelemahan nilai Ringgit.
Kesan TPPA kepada industri automotif
Vivek berkata sektor automotif Malaysia mungkin berdepan kesan negatif untuk tempoh jangka panjang sekiranya tidak meyertai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
Ia kerana TPPA membuka peluang kepada sektor automotif bagi mengembangkan pasarannya ke negara lain.
Tambahnya lagi, pemain industri automotif tempatan harus mengambil peluang ini bagi membolehkan mereka besaing di peringkat global.
#automotif #Frost & Sullivan #TPPA #Vivek Vaidya
;