Prestasi eksport Malaysia

Astro Awani
Februari 20, 2013 13:36 MYT
Malaysia adalah satu-satunya pasaran Asia Tenggara yang menunjukkan pertumbuhan eksport yang baik pada suku terakhir 2012.
Menurut laporan The Royal Bank of Scotland, Malaysia telah melalui kitarannya dan kini mula berkembang.
Ini tambahnya didorong oleh permintaan domestik kukuh yang berterusan dan peningkatan dalam eksport, terutamanya sektor elektronik.
Beliau juga menyatakan terdapat peningkatan dalam lebihan dagangan Malaysia di celah-celah kadar tukaran wang asing stabil hingga lebih kukuh.
Mathur berkata pertumbuhan dalam perbelanjaan kerajaan kini sejajar dengan keluaran dalam negara kasar nominal, satu pembetulan ketara daripada pergerakan antara Januari dan Julai tahun lepas.
Sementara itu, menurut Ketua Bersama Penstrukturan RBS, Asia Pasifik Stefan Masuhr Malaysia adalah salah satu ekonomi yang paling pesat membangun di Asia, dan melalui pertumbuhan berterusan dalam pendapatan populasinya.
#eksport #Malaysia #the royal bank of scotland
;