Prestariang tubuh institusi pengajian tinggi swasta

Bernama
Januari 21, 2013 12:35 MYT
Prestariang Bhd, bagi pihak anak syarikat milik penuhnya, Prestariang Education Sdn Bhd, telah menerima kelulusan daripada Menteri Pengajian Tinggi Malaysia untuk menubuhkan sebuah institusi pengajian tinggi swasta.
Institusi swasta itu akan diberi nama Universiti Malaysia Sains Komputer dan Kejuruteraan, kata syarikat itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.
Kelulusan itu diterima pada 10 Januari.
#institusi #Prestariang bhd #prestariang education sdn bhd