Presiden Toshiba bakal letak jawatan ekoran skandal perakaunan
AFP
Julai 11, 2015 07:23 MYT
Julai 11, 2015 07:23 MYT
Skandal perakaunan melibatkan konglomerat gergasi Jepun, Toshiba semakin merumitkan selepas laporan menyatakan presiden syarikat tersebut mungkin akan dipaksa meletakkan jawatan.
Peletakan jawatan Presiden Toshiba Hisao Tanaka akan dimuktamadkan selepas panel luar yang terlibat dalam penyiasatan skandal tersebut mengeluarkan laporan minggu depan, lapor agensi berita Kyoto.
Syarikat yang terlibat dalam pengeluaran barangan elektrik juga reaktor nuklear ini didakwa telah melakukan kecelaruan perakaunan melibatkan sejumlah 200 bilion yen selama tempoh lima tahun ketika mengumumkan keuntungan operasi kumpulan, lapor Kyodo dan Jiji Press.
Kecelaruan tersebut dipercayai telah mempengaruhi operasi syarikat tersebut daripada segi infrastruktur, juga bisnesnya dalam bidang semikonduktor, televisyen serta komputer peribadi.
Tanaka dan naib presiden Norio Sasaki adalah antara yang dipercayai terlibat.
Sasaki, yang pernah bertugas sebagai Presiden Toshiba juga dilaporkan bakal meletakkan jawatan.