Porsche dilapor bakal buka kilang di Kedah
Ahmad Khairol Shafizan Johari
Februari 8, 2021 23:39 MYT
Februari 8, 2021 23:39 MYT
KUALA LUMPUR: Pembuat kereta mewah Jerman, Porsche AG dilaporkan bakal bekerjasama dengan syarikat konglomerat Sime Darby Bhd untuk mendirikan kilang pemasangan di Malaysia.
Laporan The Edge Weekly yang memetik sumber itu, memaklumkan syarikat berkenaan akan menjalin kerjasama dengan Inokom Corporation, anak syarikat Sime Darby Motors, yang merupakan cabang automotif Sime Darby.
Laporan itu menyebut, Inokom Corporation akan membina kilang baharu khusus untuk Porsche di Kedah.
Laporan itu juga menyebut Porsche bakal menjadikan Malaysia sebagai hab untuk pasaran Asia Tenggara.
Insentif untuk pelaburan itu juga dilaporkan sudah dipersetujui Kementerian Kewangan.
#Porsche
#pengeluar kereta mewah
#syarikat Jerman
#buka kilang
#Malaysia
#Kedah
#Sime Darby
#sime darby motors
#inokom corporation