KUALA LUMPUR: Syarikat pembangunan hartanah negeri, Permodalan Negeri Selangor Bhd (PNSB) telah menandatangani perjanjian dengan firma pembinaan IJM Corp Bhd dan Lim Seong Hai Capital Bhd (LSH) untuk menambah baik infrastruktur jalan raya di daerah selatan Selangor.
Inisiatif tersebut tertumpu kepada Pembangunan Wilayah Bersepadu Selatan Selangor (IDRISS) bagi meningkatkan potensi ekonomi daerah Sepang dan Kuala Langat melalui pelbagai projek pembangunan merangkumi perindustrian, logistik, pergudangan, pelabuhan, perdagangan, perumahan, pelancongan dan pendidikan, katanya dalam satu kenyataan bersama.
Ketiga-tiga syarikat ini juga bersedia untuk memberi sumbangan besar kepada kemunculan Selangor sebagai hab penting bagi perdagangan dan pelaburan serantau.
Kerjasama itu akan mengkaji pelbagai laluan sambungan yang berdaya maju dan merancang untuk memperkenalkan rangkaian pengangkutan utama bagi meningkatkan ketersambungan, mengurangkan masa perjalanan dan mewujudkan koridor pembangunan baharu.
Dengan memperkukuh logistik dan kecekapan pengangkutan Selangor, mereka berkata inisiatif itu akan merancakkan ekonomi tempatan dengan menyediakan akses yang lebih baik kepada pasaran, perkhidmatan dan peluang pekerjaan.
Ketua Pegawai Eksekutif PNSB, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim berkata kerjasama tersebut menekankan komitmennya untuk memanfaatkan potensi ekonomi Selatan Selangor.
“Kami berhasrat untuk mewujudkan infrastruktur teguh yang menyokong visi jangka panjang kami untuk pertumbuhan dan pembangunan wilayah sambil menggabungkan elemen mampan dalam Rangka Kerja ESG,” tambahnya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan IJM Lee Chun Fai berkata, kerjasama terbabut bermatlamat untuk memenuhi keperluan infrastruktur dalam tempoh segera dan masa hadapan negeri, memastikan manfaat jangka panjang.
Pengerusi bukan eksekutif LSH, Tan Sri Lim Keng Cheng menambah bahawa gabungan kepakarannya dalam pengurusan modal dan pembangunan infrastruktur akan memastikan kejayaan merealisasikan inisiatif IDRISS. - DagangNews.com
Dagang News
Sun Mar 10 2024
![PNSB capai kerjasama tingkat infrastruktur jalan raya di selatan Selangor PNSB capai kerjasama tingkat infrastruktur jalan raya di selatan Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-01/81485733719_AsphaltRoad.jpg)
PNSB menandatangani perjanjian dengan firma pembinaan IJM Corp dan LSH untuk menambah baik infrastruktur jalan raya di daerah selatan Selangor. -Gambar hiasan
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit
Suspek kes pembunuhan bekas penuntut UPSI Nur Farah Kartini Abdullah dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Selangor.
![Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup
Pada 6 petang, ringgit susut lagi kepada 4.6745/6790 berbanding dolar AS daripada 4.6725/6745 semasa ditutup semalam.
Pangkat atau jawatan tidak penting
Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan melindungi anggotanya yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, PDRM akan menjalankan siasatan berkaitan kes itu dengan telus dan adil.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, PDRM akan menjalankan siasatan berkaitan kes itu dengan telus dan adil.
Pemilik sebuah rumah kebajikan didenda RM100
Individu didakwa di dua mahkamah Kuala Lumpur berkait kematian seorang pempengaruh TikTok dikenali Rajeswary atau Esha yang ditemukan meninggal dunia dipercayai menjadi mangsa buli siber, 5 Julai lalu.
TERKINI] Timbalan Ketua Polis Perak dilantik Ketua Polis Perak baharu
Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu bermula hari ini.
Azizi, 59 tahun, menggantikan Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman berkuat kuasa pada Isnin.
Azizi, 59 tahun, menggantikan Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman berkuat kuasa pada Isnin.
![Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung
Pada 5 petang, Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.86 mata atau 0.24 peratus kepada 1,625.96 daripada paras penutup 1,629.82. pada Isnin.
![[TERKINI] Astro penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024 [TERKINI] Astro penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692062485_TBAstro.jpg)
[TERKINI] Astro penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
AWANI Borneo [16/07/2024] – SUKMA 2024 | Sentiasa berwaspada | Pintu sempadan
AWANI Borneo Selasa, 16 Julai 2024 bersama Fauzi Zin.
- SUKMA 2024 : Nasib acara takraw wanita diketahui Khamis ini.
- Ribut petir diramal di Sabah, Bomba saran penduduk berhati-hati.
- Urusan imigresen di sempadan, Malaysia-Brunei adakan rundingan.
- SUKMA 2024 : Nasib acara takraw wanita diketahui Khamis ini.
- Ribut petir diramal di Sabah, Bomba saran penduduk berhati-hati.
- Urusan imigresen di sempadan, Malaysia-Brunei adakan rundingan.
![Azmin minta Ongkili tetapkan tarikh untuk selesai isu perjanjian Azmin minta Ongkili tetapkan tarikh untuk selesai isu perjanjian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-05/61368198968_295x200.jpg)
Azmin minta Ongkili tetapkan tarikh untuk selesai isu perjanjian
Mohamed Azmin Ali meminta Ongkili menetapkan dengan secepat mungkin tarikh untuk kedua-dua pihak menyelesaikan pertikaian berhubung penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air di Selangor.
![Kerajaan Pusat, Selangor meterai perjanjian utama pentrukturan industri air Kerajaan Pusat, Selangor meterai perjanjian utama pentrukturan industri air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-02/81393421107_295x200.jpg)
Kerajaan Pusat, Selangor meterai perjanjian utama pentrukturan industri air
Perjanjian utama bagi memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya akhirnya dimeterai.