Syarikat-syarikat India digesa menjadikan Malaysia sebagai pilihan untuk tujuan pelaburan dan lokasi mengembangkan perniagaan masing-masing serta menjalin usaha sama baharu.
Ketika membuat gesaan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut menyifatkan kunjungannya selama enam hari ke India sebagai bukti komitmen Malaysia untuk memastikan keperluan para pelabur itu dapat dipenuhi.
"Kita akan terus menyediakan semua sokongan yang diperlukan bagi mewujudkan persekitaran perniagaan yang berkembang maju serta ekonomi yang berdaya saing dan dinamik.
"Saya gembira kerana pelabur dari India terus yakin terhadap Malaysia sebagaimana dipaparkan menerusi keputusan mereka untuk mengembangkan serta mempelbagaikan operasi sedia ada di Malaysia," katanya.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika berucap di acara Makan Tengah Hari Perniagaan Malaysia - Forum Perniagaan India yang turut dihadiri kira-kira 500 pemimpin perniagaan kedua-dua negara, di Taj Palace di sini, hari ini.
"Saya perlu berterima kasih kepada Perdana Menteri Narendra Modi di atas kesudian beliau menjadi tuan rumah biarpun berpuasa dan hanya minum air selama sembilan hari," kata Najib yang turut mengadakan mesyuarat dua hala dengan Modi pada Sabtu lepas.
Hadir sama pada majlis hari ini adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan dan Industri India Nirmala Sitharaman, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India Datuk Hidayat Abdul Hamid, Presiden Persekutuan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India (FICCI) Pankaj R Patel, Naib Presiden Gabungan Industri India (CII) Rakesh Bharti Mittal dan Presiden Persatuan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Sandeep Janjodia.
Mengulas selanjutnya, Najib berkata antara syarikat terkemuka India di Malaysia termasuk Reliance Group yang menumpukan perniagaan tekstil dan produk berkaitan; RP Chemical (bahan kimia dan produk berasaskannya); Biocon dan Ranbaxy (produk farmaseutikal); JG Containers (produk bukan logam); Forte International (produk plastik) dan Tamco Switchgear dalam industri elektrikal dan elektronik.
Syarikat lain termasuk ICICI Bank Limited dalam bidang kewangan; Tech Mahindra ICT Services, Wipro, Tata Consultancy dan Crest Business Solutions (teknologi maklumat), Sky Blue Media (sektor pengiklanan media) dan Manipal International dalam sektor pendidikan dan kesihatan.
Pada majlis itu juga, Najib menyaksikan pertukaran 31 Memorandum Persefahaman bernilai US$36 billon merangkumi sektor pembinaan, farmaseutikal, pendidikan dan latihan, industri halal dan hubungan dua hala dalam ekonomi.
Terdahulu, Nirmala memberitahu masyarakat perniagaan itu bahawa syarikat-syarikat Malaysia perlu memanfaatkan ikrar pembangunan infrastruktur sebanyak US$1 trilion yang dibuat oleh Modi.
"Kami berbangga dapat menjalin kerjasama dengan syarikat-syarikat Malaysia dalam pembangunan infrastruktur kerana mereka telah terbukti memiliki kepakaran bertaraf dunia, (terbabit dalam) projek moden serta canggih dan paling cekap dalam penyediaan prasarana berkelas dunia," katanya.
Selain itu, Najib turut menyebut beberapa syarikat Malaysia yang berjaya di India seperti AirAsia.
"Saya amat gembira melihat banyak syarikat Malaysia yang aktif di India, termasuk yang memainkan peranan utama dalam projek berprofil tinggi seperti pembinaan bangunan Perbadanan Perbandaran Pusat Sivik Delhi yang difahamkan adalah bangunan tertinggi di ibu negara anda," katanya.
Menurut Perdana Menteri, empat projek yang sedang dibincangkan termasuk Lebuhraya Pesisiran Pantai Mumbai, Pembangunan Pinggir Laut Mumbai, Terminal Pengegasan dan Penyimpanan Terapung di Pelabuhan Andhra Pradesh serta misi Bandar Raya Pintar.
Syarikat-syarikat Malaysia turut terbabit dalam usaha membida enam projek lebuh raya di Rajasthan, kata Najib.
Pada 2016, India disenaraikan sebagai pelabur kesembilan terbesar di Malaysia dengan jumlah pelaburan yang diluluskan bernilai hampir US$300 juta membabitkan lapan projek pembuatan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 03 2017

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu sesi bergambar bersama perserta ketika berlangsung Majlis India-Malaysia Business Forum Special Luncheon - Foto BERNAMA
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Kementerian Luar dan UNAM bekerjasama untuk tingkatkan program kesedaran PBB di Malaysia
Kedua-dua pihak membincangkan cara memperkukuh kerjasama dalam melaksanakan program yang bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai PBB.

"Saya sudah pencen" - Tok Pa sahkan tidak bertanding
Mustapa mengesahkan beliau tidak akan bertanding dalam mana-mana pilihan raya kerana memutuskan untuk 'pencen' daripada politik.

Mustapa Mohamed terima anugerah daripada kerajaan Jepun
Mustapa dianugerahi Grand Cordon of the Order of the Rising Sun daripada Kerajaan Jepun atas sumbangan beliau dalam hubungan Jepun-Malaysia.

Mustapa Mohamed dianugerah Ijazah Doktor Kehormat AeU
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat oleh Asia e University (AeU).

2.1 juta pekerja asing di Malaysia sehingga Jun tahun ini - Mustapa
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) merekodkan 2.1 juta warga asing yang bekerja dalam pelbagai bidang, berada di Malaysia setakat Jun tahun ini.

Warga asing: Bilangan menurun berbanding 2020
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) merekodkan bilangan warganegara asing yang berada di Malaysia berkurangan daripada 2.7 juta orang pada 2020 kepada 2.4 juta tahun ini.

Malaysia mampu tawar banyak perkara berkaitan ekonomi halal, bidang lain dalam dunia Islam - Mustapa
Malaysia sebagai sebuah negara terkemuka dalam dunia Islam, mampu menawarkan banyak perkara terutama yang membabitkan amalan terbaik, perdagangan dan inovasi.

Jumlah penganggur turun, kadar pengangguran kekal 3.7 peratus
Kedudukan pasaran buruh pada bulan Ogos 2022 kekal stabil berikutan prestasi ekonomi yang semakin baik dan memberangsangkan.

Sektor pelancongan perlu dipertingkatkan, perkukuh ekonomi negara - Mustapa
Peruntukan RM200 juta menerusi Bajet 2023 bagi tujuan pemulihan sektor pelancongan dilihat salah satu usaha memulihkan ekonomi dalam negara.

Kerajaan semak semula kategori kumpulan pendapatan - Mustapa
Kerajaan akan menyemak semula kategori kumpulan pendapatan berdasarkan hasil Survei Pendapatan, Perbelanjaan dan Kemudahan Asas tahun 2022.