PM: Malaysia sertai TPPA atas terma sendiri
Nurulhana Ismail
Februari 24, 2016 18:33 MYT
Februari 24, 2016 18:33 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau berbangga kerana keanggotaan Malaysia dalam TPPA adalah berdasarkan terma serta syarat yang ditetapkan sendiri oleh Malaysia.
Tambahnya, Malaysia yang diwakili Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) dalam rundingan TPPA telah berjaya merundingkan terma terbaik bagi pihak negara
Menurut Perdana Menteri lagi, MITI telah memikul tugas yang begitu mencabar dalam rundingan TPPA.
Beliau juga memuji langkah yang diambil MITI yang secara berterusan melakukan penerangan serta berkongsi maklumat mengenai TPPA kepada orang awam.
Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian menara baru MITI di ibu negara pada Rabu.
Menurut Bernama, Najib yakin bangunan baharu MITI akan menjadi tarikan positif kepada syarikat multinasional untuk merancakkan lagi kemasukan pelaburan mereka ke negara ini.
Menara setinggi 31 tingkat itu menempatkan lebih 800 kakitangan MITI serta menelan belanja RM342 juta.