PM Anwar jangka Belanjawan 2025 tambah baik kerangka ekonomi, agihan saksama

Bernama
Oktober 7, 2024 19:18 MYT
Pedana Menteri Datuk Seri Anawar Ibrahim menandatangani dokumen rasmi Belanjawan 2025 di Kementerian Kewangan hari ini. - Foto Akaun X Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan keyakinan terhadap Belanjawan 2025 selepas menandatangani dokumen rasmi belanjawan itu di Kementerian Kewangan hari ini.
Belanjawan 2025 dijadualkan dibentangkan pada 18 Okt 2024 di Parlimen.
"Insya-Allah, pada pembentangan belanjawan 18 Oktober ini, lebih banyak pembaikan kepada struktur ekonomi akan diperkenalkan untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat ini dapat dikongsi dengan rakyat terbanyak secara saksama," kata beliau dalam hantaran di platform X.

Belanjawan 2025 merupakan kesinambungan kepada ikhtiar Kerajaan agar Malaysia dapat menggapai wawasan kerangka Ekonomi MADANI, yakni melonjakkan pertumbuhan negara dan sekaligus menjunjung prinsip manusiawi untuk mengangkat darjat rakyat terbanyak. Alhamdulillah, hari ini saya pic.twitter.com/wFT958Ku6K

— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) October 7, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Perdana Menteri menyatakan penghargaan kepada semua tenaga kerja yang telah bertungkus-lumus untuk merangka belanjawan berkenaan.
Dalam temu bual dengan CNBC baru-baru ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Kerajaan MADANI akan memberi tumpuan kepada isu inflasi dan kenaikan gaji dalam belanjawan yang akan datang.
-- BERNAMA
#Belanjawan 2025 #Anwar Ibrahim #tambah baik struktur ekonomi #Kerajaan Madani
;