PLUS perluas RFID di semua plaza tol pada awal 2022

Dagang News
Disember 14, 2021 08:39 MYT
Penggunaan kedua-dua sistem RFID dan ANPR juga membolehkan kenderaan bergerak melepasi plaza tol pada kelajuan sehingga 30km/j. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: PLUS telah pun mengintegrasikan sokongan RFID pada beberapa plaza tol bermula 12 Disember 2021 dan bakal diperluaskan ke semua plaza tol kendaliannya pada awal tahun hadapan.
PLUS akan menjayakan integrasi RFID ini dengan turut menyertakan sistem pengecam nombor plat automatik (ANPR).
Ini adalah dalam memastikan dan memberi lapisan kedua untuk menyemak lokasi sesuatu kenderaan bergerak masuk dan juga keluar.
Ujian rintis berkaitan dengannya telah sedia dijalankan oleh PLUS sejak Julai 2020 lepas, di Hutan Kampung-Sungai Dua.
Penggunaan kedua-dua sistem ini juga membolehkan kenderaan bergerak melepasi plaza tol pada kelajuan sehingga 30km/j, dan mengurangkan kesesakan pada plaza tol berbanding sistem SmartTag yang mengehadkan perjalanan pada kelajuan 20km/j.
RFID pada plaza tol dijangka akan memudahkan lagi pembayaran memandangkan ia menggunakan baki pada dompet digital Touch n Go eWallet, selain pada masa yang sama mengurangkan kadar kesesakkan pada plaza tol.
*Berita asal di DagangNews.com
#PLUS #ANPR #RFID #plaza tol
;