Planworth tawar pembiayaan alternatif hingga RM20 juta sokong PMKS
Astro Awani
Disember 14, 2024 12:30 MYT
Disember 14, 2024 12:30 MYT
KUALA LUMPUR: Peluang besar buat perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta entiti korporat yang ingin mengembangkan perniagaan, institusi kewangan berdaftar di bawah Kementerian Kewangan Malaysia dan Sistem E-Perolehan, Planworth menawarkan pembiayaan sehingga RM20 juta.
Menurut Pengarah Eksekutif Planworth, Elaine Lim, pembiayaan diberikan kepada mereka yang mendapat tawaran kontrak atau sebut harga dari kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat swasta.
“Planworth tidak hanya menawarkan pembiayaan konvensional tetapi juga produk pembiayaan Islamik, memberi pelbagai pilihan kepada pelanggan.
“Selain itu, Planworth turut aktif dalam penglibatan program-program kerajaan dan inisiatif yang menyokong pengembangan perniagaan PMKS di Malaysia,” kata beliau dalam wawancara bersama radio Bernama baru-baru ini.
Tambah Elaine, Planworth memberi sokongan kewangan yang penting kepada pelbagai industri, termasuk industri keselamatan, pembersihan, penyelenggaraan, perkhidmatan dan pembekalan.
Sehingga kini, Planworth telah menyalurkan dana pembiayaan lebih RM2.5 bilion dengan nilai kontrak keseluruhan melebihi RM3.5 bilion.
Dalam pada itu, Planworth juga memberikan sokongan kepada syarikat baru yang kurang dari tiga tahun, asalkan mereka mempunyai sama ada surat setuju terima, surat tawaran kontrak atau sebut harga.
“Produk pembiayaan Planworth membolehkan peniaga mengoptimumkan aliran tunai, memenuhi keperluan operasi mereka dan mengembangkan perniagaan dengan lebih pantas.
”Untuk pelanggan yang memerlukan pembiayaan patuh syariah, Planworth turut menyediakan pilihan lain. Ini memberi lebih banyak fleksibiliti bagi mereka yang ingin memastikan perniagaan mereka selaras dengan prinsip kewangan Islam,”ujar Elaine.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM), Datuk Muhammad Ubaidillah berkata, Planworth menjadi pilihan utama dalam sektor keselamatan kerana pendekatannya yang membantu mengatasi masalah kewangan dan menawarkan nasihat yang sangat bernilai.
“Saya suka apabila mereka juga memberi sokongan strategik kepada perniagaan dari pelbagai sektor.
“Mereka bekerja secara berpasukan dan berdasarkan pengalaman saya sendiri, mereka datang dan cuba fahamkan permasalahan syarikat dan menjadi penasihat yang baik dalam pengurusan kewangan
“Ini yang kita nampak dalam satu kumpulan yang dinamik dalam mencapai visi dan pemahaman yang sama dan saling membina antara satu sama lain,” kata beliau lagi.
Bagi usahawan yang berminat, proses kelulusan hanya mengambil masa antara tiga hingga tujuh hari bekerja dan dana akan disalurkan dalam tempoh lima hari bekerja.
Berbeza dengan bank tradisional, Planworth tidak memerlukan cagaran dan menawarkan kadar faedah yang kompetitif.
Planworth menyediakan Solusi Modal Kerja melalui pembiayaan invois (invoice financing), pembiayaan belian (purchase order), pengurusan modal kerja (working capital), pinjaman berjangka (term loan), kredit pusingan (revolving credit), pengurusan penghutang (trade receivables) secara Konvensional dan Islamik untuk bisnes perniagaan kepada perniagaan (B2B) dan perniagaan kepada kerajaan (B2G).