PKS: E-Bazar Wanita Setiawangsa perkasa usahawan wanita
Astro Awani
Jun 18, 2021 10:07 MYT
Jun 18, 2021 10:07 MYT
KUALA LUMPUR: Kira-kira 1,600 usahanita aktif berniaga menerusi platform E-Bazar Setiawangsa secara dalam talian.
Kejayaan ini kemudian mendorong UMNO Bahagian Setiawangsa untuk membuka peluang kerjaya 'penghantar barangan' atau 'rider' kepada semua individu terutamanya yang hilang pekerjaan atau mahukan pendapatan sampingan melalui E-Bazar tersebut.
Ini sebahagian usaha membantu golongan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) secara percuma.
Peluang pekerjaan itu diwujudkan selepas pihaknya melakukan perbincangan dengan beberapa syarikat dan badan bukan kerajaan (NGO) yang memerlukan tenaga kerja di bahagian terbabit.
Menurut Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa, Seriwani Sabtu perbincangan turut dilakukan dengan beberapa syarikat yang memerlukan penghantar barangan.
"Kita juga ada berbincang dengan beberapa syarikat yang memerlukan 'rider'.
"Sekiranya mereka tiada lagi membuat kerja-kerja sambilan atau mungkin kehilangan pekerjaannya bolehlah nanti melalui Suara Wanita E-Bbazar kita akan buat satu link dimana sesiapa kehilangan pekerjaan dan mahu menjadi 'driver' atau 'rider' boleh menghubungi di situ," katanya.
Jelasnya lagi, inisiatif itu akan lebih berkesan jika ada penglibatan secara bersepadu termasuk kerajaan, NGO dan persendirian.
Ini kerana, isu kesusahan rakyat adalah tanggunjawab semua pihak.