Pizza Hut perkenalkan 'My Box' untuk keperluan individu bermula dari RM9.90
Bernama
Mac 8, 2016 22:44 MYT
Mac 8, 2016 22:44 MYT
Pizza Hut Malaysia telah memperkenalkan hidangan My Box bagi memenuhi pilihan individu dalam kumpulan.
Syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini, berkata 'My Box' akan memenuhi selera pelanggan pada harga yang hebat, bermula dari RM9.90.
"My Box datang dalam lima pilihan piza - Tropical Crab, Tropical Chicken, Chicken Overload, Chicken Pepperoni dan Hawaiian Sensation serta empat makanan iringan iaitu batang daging ayam, sosej ayam, roti Cinnamon dan kentang goreng.
Pizza Hut berkata pelanggan boleh memilih piza dan isi pilihan mereka melalui 20 kombinasi - satu lagi ciri yang unik untuk produk itu.
Ketua Pizza Hut Malaysia, Felix D. Michael, berkata My Box merupakan produk yang bernilai untuk wang terutama bagi khidmat penghantaran atau dibawa pulang.
"Kami mahu pelanggan individu untuk berasa istimewa dengan memberi mereka kebebasan untuk membuat makanan mereka sendiri dari pelbagai pilihan, dengan kotak mereka sendiri pada harga yang hebat," katanya.
My Box boleh didapati di semua 378 kedai Pizza Hut di seluruh negara.
Pizza Hut Malaysia merupakan anak syarikat QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd, pemegang francais ke atas 750 restoran KFC di Malaysia, Singapura, Brunei dan Kemboja.
QSR juga merupakan pemilik Pizza Hut di Malaysia dan Singapura, dengan lebih daripada 370 restoran di Malaysia serta 70 restoran di Singapura.