Pharmaniaga diklasifikasi sebagai PN17 - Bursa Securities

Bernama
Februari 28, 2023 20:20 MYT
Bursa Malaysia Securities Bhd mengumumkan Pharmaniaga Bhd telah mencetuskan kriteria Perenggan 2.1(a) Nota Amalan No 17 (PN17) Keperluan Penyenaraian Pasaran Utamanya. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Securities Bhd mengumumkan Pharmaniaga Bhd telah mencetuskan kriteria Perenggan 2.1(a) Nota Amalan No 17 (PN17) Keperluan Penyenaraian Pasaran Utamanya.
Dalam kenyataan hari ini, Bursa Securities menegaskan ia akan terus memantau perkembangan Pharmaniaga dari segi pematuhannya terhadap Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama.
"(Berdasarkan) maklumat mengenai syarikat di bawah PN17 Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Securities dan Nota Panduan No 3 (GN3) Keperluan Penyenaraian Pasaran ACE, sebanyak 29 syarikat di bawah PN17 dan GN3 iaitu 3.05 peratus daripada keseluruhan 950 syarikat yang tersenarai di Pasaran Utama dan ACE Bursa Securities setakat 28 Feb 2023," katanya. - BERNAMA
#Pharmaniaga Bhd #Pharmaniaga PN17 #Bursa Securities #Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama
;