'Petronas tak sembang kencang tentang komitmen dalam agenda nyah karbon, diversifikasi'

Israr Khalid
Mei 25, 2022 08:30 MYT
Datuk Tengku Muhammad Taufik menegaskan antara sembilan hingga 10 peratus daripada (keuntungan) setiap tahun akan diperuntukkan untuk nyah karbon dan diversifikasi. - Foto fail/BERNAMA
DAVOS: Petronas serius dan komited dalam memainkan peranannya meneraju agenda transisi tenaga di Malaysia dan di peringkat global.
Kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Datuk Tengku Muhammad Taufik, kesungguhan itu diterjemahkan melalui fokusnya untuk memastikan kelangsungan operasi sedia ada dan menggunakan pulangannya untuk membangun industri bagi mendepani cabaran mendatang.
“Petronas tak akan ‘sembang kencang’ tentang komitmen ini, dalam kepakaran kimia, perubahan tenaga di mana antara sembilan hingga 10 peratus daripada (keuntungan) setiap tahun akan kami peruntukkan untuk nyah karbon dan diversifikasi.
“Secara ‘business as usual’ kami tetap komited, setiap tahun RM 20 bilion untuk melangsungkan dan mempertahankan pengeluaran yang kalau di Malaysia sahaja sudah lebih 1.7 atau 1.8 juta tong bersamaan setiap hari,” katanya.
Tegas beliau, itu harus dipertahankan kerana dengan adanya pengeluaran itu, ada kapasiti untuk melabur semula untuk membolehkan usaha mencapai matlamat besar itu dapat dipacu malah digalakkan.
Tonton temu bual penuh beliau bersama hos, Ashwad Ismail dalam program Agenda AWANI khas sempena Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2022, di sini:
Petronas tak 'sembang kencang' tentang komitmen dalam nyah-karbon & diversifikasi
Agenda AWANI: WEF 2022 I Posisi global Petronas, rakan strategik tenaga
#Forum Ekonomi Dunia #Petronas #Tengku Muhammad Taufik #agenda transisi tenaga
;