Petronas telah melabur kira-kira US$8 bilion (RM25.6 billion) dalam kerja-kerja penerokaan minyak dan gas di Turkmenistan bagi meningkatkan lagi hasil pengeluarannya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata dengan pelaburan yang besar itu, penglibatan Petronas di negara Asia Tengah yang kaya dengan kawasan minyak dan gas ini akan menjadi lebih strategik pada masa akan datang.
"Petronas juga merancang untuk menambahkan lagi saluran gas dan petrokimia (di kawasan penerokaan). Dengan ini, pengeluaran di kawasan kontrak perkongsian pengeluaran dapat ditingkatkan lagi," kata Najib dalam sidang media dengan wartawan Malaysia sebelum berlepas pulang ke tanah air dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ashgabat di sini pada Selasa malam.
Najib berkata selain pelaburan, Petronas merupakan perintis kepada kerjasama Malaysia dan Turkmenistan, syarikat minyak dan gas negara itu telah membuktikan kemampuannya sebagai syarikat unggul hingga diakui dan diiktiraf oleh Turkmenistan.
Menurutnya Presiden Turkmenistan Gurbanguly Berdimuhamedov menganggap Petronas sebagai rakan kongsi yang begitu memahami aspirasi negara itu.
"Sebab itulah Presiden Gurbanguly Berdimuhamedov mahu Petronas memperluaskan lagi pelaburannya di Turkmenistan sambil melatih warganegara mereka mendapatkan pengalaman dalam bidang gas dan minyak," kata beliau.
Pada masa ini, Petronas adalah satu-satunya syarikat Malaysia yang menyertai industri cari gali minyak dan gas di Turkmenistan dengan meneroka di Laut Kaspia sejak 1996.
Petronas menjalin kontrak perkongsian pengeluaran dengan Turkmenistan di mana syarikat Malaysia itu melakukan cari gali sebelum menjual hasil gas dan minyak kepada negara ini menerusi Turkmen Gas.
Pada Selasa, Petronas turut memeterai memorandum persefahaman bagi kerjasama jangka panjang antara Petronas dan Agensi Negara bagi Hidrokarbon.
Turkmenistan menduduki tangga keempat dalam senarai negara memiliki rizab gas selepas Iran, Rusia dan Qatar dengan mempunyai kawasan seluas 17.5 trilion meter padu.
Ketika ditanya sama ada syarikat Malaysia yang lain berpeluang menceburi industri itu di Turkmenistan, Perdana Menteri berkata kerajaan membuka peluang itu namun, keutamaan tetap diberikan kepada Petronas.
Najib berkata kerajaan juga menggalakkan syarikat-syarikat Malaysia supaya menceburi peluang pelaburan baharu dalam sektor pembinaan, perlombongan, pendidikan, sains dan teknologi, produk halal dan perbankan Islam ekoran Turkmenistan kini giat dengan projek pembangunannya.
"Presiden Turkmenistan sangat mengharapkan Malaysia menjadi rakan kongsinya dalam semua bidang. Ini kerana keyakinan beliau terhadap Malaysia adalah amat tinggi.
"Malaysia menjadi negara keutamaan bagi Turkmenistan," kata beliau.
Najib juga menyifatkan lawatan rasmi kedua beliau ke negara ini lebih menyeluruh berbanding lawatan rasmi pertama pada 2011 di mana ketika itu, ia lebih tertumpu kepada pelancaran pelantar gas Petronas di negara ini.
Menurutnya beliau juga melihat Ashgabat semakin maju dengan pembinaan bangunan-bangunan baharu sejak berkunjung ke negara ini tiga tahun lepas.
"Kemajuan di Turkmenistan adalah amat rancak dan ekonominya terus berkembang pada tahap yang tinggi," kata beliau.
Perdana Menteri berkata Malaysia dan Turkmenistan turut bersetuju menubuhkan sebuah Suruhanjaya Bersama bagi meningkatkan lagi kerjasama ekonomi dua hala antara kedua-dua negara.
Menurutnya, hubungan dagang dua hala yang mencatatkan US$33 juta tahun lepas tidak mencerminkan potensi sebenar kedua-dua negara, justeru itu, Berdimuhamedov mahukan suruhanjaya itu dapat mengkaji cara untuk meningkatkan peluang perdagangan Malaysia dan Turkmenistan.
Mengenai pelancongan, Najib berkata kerajaan memperkenalkan kemasukan tanpa visa selama 30 hari bagi menggalakkan lebih ramai rakyat Turkmenistan mengunjungi Malaysia.
Seramai 940 pelancong Turkmenistan mengunjungi Malaysia pada 2013.
Najib juga berkata Malaysia dan Turkmenistan mempunyai pendirian yang sama di peringat antarabangsa.
"Justeru, kita akan teruskan kerjasama dengan Turkmenistan dalam hal ehwal sejagat atau yang berkaitan kepentingan bersama," kata beliau.
Perdana Menteri yang diiringi isteri Datin seri Rosmah Mansor berlepas pulang ke tanah air pada Selasa malam selepas menamatkan lawatan dua hari ke negara ini.
Bernama
Wed Jun 11 2014
Petronas dilihat sebagai rakan kongsi yang memahami aspirasi Turkmenistan.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
RUU Antilompat Parti dapat kurangkan rasuah politik, kata Najib
RUU Antilompat Parti juga akan mengurangkan rasuah politik seperti tawaran jawatan atau wang ringgit.
Tajuddin dakwa Tok Mat belot untuk ganti Zahid
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendedahkan terdapat perjumpaan antara pemimpin parti itu untuk menjatuhkan Zahid Hamidi.
Anwar perjelas mengapa lambat ulas isu permohonan tanah RM100 juta oleh Najib
Kata Anwar sebelum itu perkara berkenaan belum disahkan kepada pihaknya, malah belum diketahui secara jelas dan ada yang mengatakan ianya hanya khabar angin.
Najib sindir tindakan Xavier keluar PKR
Ia susulan peletakan jawatan Xavier sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pengumuman keluar parti itu berkuatkuasa serta-merta pada Sabtu.
Arul Kanda tegaskan versi bercanggah dalam laporan kewangan 1MDB dikeluarkan
Ali seterusnya berkata Arul Kanda membantah perkara yang diketengahkan dalam laporan audit 1MDB oleh Jabatan Audit Negara.
Pinjaman AS$6 bilion dimohon menerusi 1MDB, Aabar Investments - Saksi
Bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu mahkamah bahawa pinjaman berjumlah AS$6 bilion akan dimohon menerusi usaha sama 1MDB dan Aabar.
Skandal Scorpene: Peguam penyiasat gesa kerjasama penuh Malaysia
Peguam warga Perancis, William Bourdon mahu kerjasama Malaysia-Perancis dipertingkat untuk rungkai skandal yang berlarutan lebih sepuluh tahun itu.
Nama Altantuya disebut dalam kontrak jualan Scorpene - Peguam
Apolline Cagnat mendakwa ia sedikit sebanyak memberi petunjuk bahawa penterjemah Mongolia itu mungkin terlibat dalam skandal pembelian kapal selam tersebut.
Najib, wawasan rakyat bukan bolot kekayaan untuk orang atasan - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menangkis kritikan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyifatkan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan tiada visi jelas.
Pengurusan kes Najib di Mahkamah KL
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kira-kira jam 2:45 petang bagi bersidang untuk pengurusan kes bagi pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.