Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dan Saudi Aramco, syarikat minyak kebangsaan Arab Saudi, mengumumkan pembentukan dua usaha sama bagi projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID), yang menjadi sebahagian Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) di Johor.
Dalam kenyataan bersama pada Rabu, syarikat berkenaan berkata, kerjasama strategik itu adalah perkongsian bersejarah antara dua syarikat minyak kebangsaan terbesar dan paling berjaya di dunia, membawa bersama sumber, teknologi, pengalaman, kemahiran dan kehadiran komersial.
"Usaha sama ini membolehkan kedua-dua pihak mempunyai pemilikan dan pembabitan sama rata terhadap operasi penapisan dan kemudahan petrokimia terpilih di RAPID.
"Melalui kerjasama ini, Saudi Aramco akan membekalkan 50 peratus daripada keperluan bahan mentah penapisan dengan pilihan untuk meningkatkan kepada 70 peratus, manakala gas asli, tenaga dan utiliti lain akan dibekalkan PETRONAS dan syarikat sekutunya," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, kedua-dua syarikat juga akan berkongsi hak untuk memulakan pengeluaran daripada usaha sama itu pada asas yang sama.
Kata kenyataan itu, kemudahan penapisan, yang mempunyai kapasiti 300,000 tong minyak mentah sehari, akan menghasilkan rangkaian produk petroleum bertapis, termasuk petrol dan diesel yang memenuhi spesifikasi minyak Euro5 dan akan menyediakan bahan mentah untuk PIC dengan kapasiti plat nama 3.3 juta metrik tan setahun.
"Projek PIC pada masa ini sudah 87 peratus siap dan dijangka bersedia untuk memulakan operasi penapisan pada suku pertama 2019," kata kenyataan itu.
Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Hiliran PETRONAS, Datuk Md Arif Mahmood, berkata PIC menjadi perjalanan yang menakjubkan kepada PETRONAS.
"Pembangunan bersepadu itu sudah mencapai puncak pembinaannya tahun ini dan akan memulakan aktiviti pra-pentauliahan dan pentauliahan tidak lama lagi," katanya.
Katanya, usaha sama dengan Saudi Aramco adalah hasil daripada usaha bersepadu pihak berkepentingan kedua-dua kerajaan sebagai tambahan kepada kedua-dua syarikat.
"Kami mengalu-alukan pembabitan Saudi Aramco dan memandang ke hadapan terhadap usaha sama yang berjaya," katanya.
Md Arif berkata, apabila beroperasi, RAPID akan mengukuhkan keupayaan PETRONAS untuk menjadi fleksibel dan boleh diharapkan dalam memenuhi keperluan pelanggan dan mendukung kedudukan syarikat sebagai pengeluar glycol dan polypropylene terbesar juga pengeluar polyethylene dan isononanol berdensiti tinggi kedua terbesar di Asia Tenggara.
Naib Presiden Kanan Hiliran Saudi Aramco, Abdulaziz Judaimi, pula berkata, perjanjian itu akan mengukuhkan kedudukan dan pertumbuhan Saudi Aramco di Asia Tenggara melalui pembekalan minyak mentah dan operasi hiliran berskala dunia.
"Melalui usaha ini, kita akan mencapai penyepaduan tinggi antara penapisan dan petrokimia, dengan pengeluaran petrokimia akan menjadi lebih daripada 20 peratus jumlah minyak mentah.
"Ia juga selaras dengan strategi pertumbuhan hiliran kami yang mana kami sedang melabur dalam sistem penapisan dan petrokimia dari kompleks pengeluaran berskala dunia yang terletak di lokasi strategik dengan pembabitan penapisan sebanyak lapan hingga sepuluh juta tong sehari," kata Abdulaziz.
Katanya, kerjasama dengan PETRONAS juga akan membuka jalan untuk kerjasama pada masa hadapan antara kedua-dua syarikat.
PIC terletak di kawasan seluas 2,525 hektar, kira-kira 400 kilometer selatan Kuala Lumpur, membentuk 8,903 hektar projek Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang.
Selain kemudahan penapisan dan petrokimia, PIC juga membabitkan pembangunan kemudahan berkaitan seperti loji pembekalan air mentah, terminal air dalam, unit pemisahan air juga kemudahan utiliti berpusat dan perkongsian.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 28 2018
PETRONAS dan Saudi Aramco umum pembentukan dua usaha sama bagi projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID).
AWANI Ringkas: Pembentangan Belanjawan 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 18 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 18 Oktober 2024
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
Belanjawan 2025: Peruntukan AI dinaikkan sebanyak RM50 juta
Kerajaan komited memperluaskan pendidikan berkaitan Kecerdasan Buatan (AI) ke semua universiti penyelidikan dengan peruntukan RM50 juta, berbanding RM20 juta tahun ini.
Latihan regata bertukar tragedi, lima peserta dikhuatiri lemas
Insiden melibatkan 15 peserta menggunakan satu bot untuk latihan regata. 10 individu berjaya selamatkan diri manakala lima yang lain masih hilang.
UAE hantar tiga lagi pesawat bersama 120 tan bantuan untuk Lubnan
UAE setakat ini telah menghantar 12 pesawat yang membawa 515 tan bekalan bantuan.
Belanjawan 2025: Nak masuk Universiti? Ini cara kerajaan bantu anda
Belanjawan MADANI memperlihatkan komitmen Kerajaan dalam meningkatkan sektor pendidikan tinggi negara.
Belanjawan 2025 sedia platform menyeluruh hadapi cabaran tahun depan - Mohamad Hasan
Langkah-langkah dalam Belanjawan 2025 juga dilihat cuba mengimbangi keperluan rakyat terutama dalam mendepani isu kos sara hidup.
Jumlah kematian di Lubnan terus meningkat
Jumlah kematian akibat serangan udara Israel di Lubnan sejak tercetusnya konflik Israel-Hizbullah pada 8 Oktober 2023 meningkat kepada 2,412.
Lima hilang selepas perahu lumba karam
Wartawan AWANI Borneo, Fadillah Sulaiman bawakan laporan terkini insiden perahu lumba karam dan tenggelam berhampiran kawasan perindustrian Bintawa.
Kematian Yahya Sinwar tidak sesekali patahkan semangat Hamas
Kematian itu dilihat bakal mempupuk semangat yang menebal dalam kalangan mereka untuk terus memperjuangkan agenda pembebasan Palestin yang merdeka sekali gus menamatkan agenda kekejaman rejim Zionis
Paip penyambung di Kompleks Bersepadu Pengerang meletup
Letupan dan kebakaran di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC), Kota Tinggi, pada hari ini, melibatkan penyambungan saluran paip bagi projek N-OSBL di dalam kawasan Rapid Pengerang itu.
Penyelia di Kompleks Bersepadu Pengerang dihukum penjara tiga tahun, denda RM16,000
Tertuduh didapati menipu rakan sekerja dengan memperdaya mengatakan bahawa ahli keluarganya telah meninggal dunia akibat COVID-19.
Bedah siasat mangsa rentung kebakaran di Pengerang bermula petang ini
Proses bedah siasat bagi membantu proses pengecaman identiti akan dilakukan ke atas kelima-lima mangsa tragedi kebakaran Unit Diesel Hydro Treating di Kompleks Bersepadu Pengerang, bermula petang ini.
Mangsa hilang ditemui rentung dalam kebakaran di Kompleks Bersepadu Pengerang
Mangsa terakhir kebakaran Diesel Hydro Treater unit di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC), dekat Kota Tinggi, yang dilaporkan hilang sebelum ini, ditemui dalam keadaan rentung, tengah hari ini.
PETCHEM sasar AS$12 bilion pelaburan produk khusus kimia sehingga 2037
Pihaknya telah menyenaraikan 20 projek berpotensi dibangunkan di Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Kerteh, Terengganu atau di luar negara.
Tragedi Pengerang: Cadangan penduduk dibawa ke Mesyuarat Exco
Kerajaan negeri mengambil maklum akan semua kebimbangan dan cadangan penduduk yang terkesan dengan insiden itu termasuk yang menyuarakan hasrat untuk berpindah.
Kebakaran di Pengerang tidak ada risiko kesihatan kepada orang ramai - Petronas
Pihak Petronas mengambil langkah produktif bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi mendapatkan punca sebenar kejadian itu berlaku.
Bertenang, tiada kebocoran gas dalam insiden kebakaran PIC - Puah
Jimmy Puah berkata, malahan letupan yang berlaku hanya melibatkan paip dan bukanlah tangki dan pihak Petronas juga telah mengesahkan bahawa bacaan kualiti udara adalah stabil.
Menggeletar kaki dengar letupan, bumbung rumah pun bergegar! - Netizen
Bunyi letupan boleh terdengar sehingga ka Stulang Laut. Ingatkan Guruh.!
Dua cedera dalam letupan, kebakaran Kompleks Bersepadu Pengerang
Dua warga tempatan mengalami kecederaan dalam insiden letupan kebakaran di Kompleks Bersepadu Pengerang, Johor.