Petronas ambil alih syarikat Kanada
Astro Awani
Disember 10, 2012 14:21 MYT
Disember 10, 2012 14:21 MYT
Petronas akhirnya berjaya dalam permohonan untuk membeli syarikat pengeluar gas dari Kanada Progress Energy Resources dengan nilai US$5.5 billion (RM17 billion).
Bagaimanapun Perdana Menteri Kanada Stpehen Harper berkata selepas ini Ottawa akan menghalang hasrat mana-mana syarikat minyak milik negara asing yang mahu membeli aset syarikat minyak milik negara itu.
Selain Petronas, syarikat milik kerajaan China C-N-O-C turut dibenarkan untuk mengambil alih syarikat minyak dan gas Kanada Nexen.
Sebelum ini presiden yang juga Ketua Eksekutif Petronas Shamsul Azhar Abbas berkata pengambilalihan ini akan menyediakan Petronas dengan sumber gas yang penting dalam jangka masa yang panjang dari segi aspek strategik di rantau geopolitik stabil.
"Perjanjian itu akan mengukuhkan kedudukan sebagai pemain global utama LNG Petronas," kata Shamsul.
Tahun lepas, Petronas telah menubuhkan syarikat usahasama untuk membangunkan sebahagian aset syarikat Kanada dan kemudahan eksport LNG bersepadu di barat Kanada.
Terdapat permintaan yang semakin meningkat untuk LNG dalam ekonomi tenaga di Asia terutamanya di Jepun di mana firma-firma kuasa telah meningkatkan penjanaan elektrik konvensional.