Pesta Beli-belah Asia-Afrika 2021 semasa CIIE
Satria Zhang
November 5, 2021 19:40 MYT
November 5, 2021 19:40 MYT
PESTA Beli-belah Asia-Afrika 2021 akan dilancarkan malam Sabtu nanti sempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-4 yang sedang diadakan di Shanghai.
Aktiviti penstriman yang bertemakan “menikmati barangan bagus Asia dan Afrika, berkongsi kehidupan yang bahagia” dirancangkan bersama Kumpulan Media China (CMG) dengan sejumlah agensi dari Malaysia, Jepun, Korea Selatan, Thailand dan lain-lain negara Asia dan Afrika.
Hos CMG, Wang Bingbing bersama-sama dengan Li Jiaqi, hos Taobao, platform penjualan dalam talian China, akan memperkenalkan dan mempromosi produk yang berprestij daripada negara-negara Asia dan Afrika melalui Taobao, saluran berita CMG dan Kenali Beijing Facebook Page secara penstriman pada malam esok.
Dijangka sebanyak 23 jenis produk terkenal dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam, Afghansitan, Korea Selatan dan Afrika Selatan akan dipromosi dalam aktiviti tersebut.
Menteri Hal Ehwal Ekonomi Kedutaan Besar Malaysia di China, See Chee Kong berkata, “pada Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) keempat ini, saya lihat terdapat banyak barangan yang berkualiti dan terkenal dari Malaysia yang dipamerkan. Saya yakin, kehadiran barangan dan syarikat Malaysia dalam ekspo tersebut dapat membantu masyarakat China mengenali Malaysia, sekali gus merapatkan lagi keakraban hubungan dua hala ini.”
CIIE keempat diadakan di Shanghai dari 5 hingga 10 November. Hampir 3,000 buah syarikat dari 127 buah negara memilih menampil dalam pameran sektor korporat, antaranya kehadiran syarikat kecil dan sederhana dari negara asing dilaporkan menambah 30% berbanding tahun lalu.
Pengguna China melalui CIIE boleh mengenali lebih banyak barangan import yang bermutu tinggi, sementara para pedagang asing dapat meneroka lebih banyak peluang berniaga. Ini membuktikan CIIE mampu mencipta lebih banyak peluang untuk pemulihan ekonomi dunia.
Dalam tempoh CIIE ketiga pada tahun lalu, dua kempen penjualan anjuran CMG secara penstriman telah menyaksikan jumlah penjualan mencecah RMB140 juta (RM91 juta) lebih, yang menggambarkan kalangan pengguna China berkemampuan besar dalam bidang pembelian.
Menurut laporan berkenaan, skala pasaran e-niaga secara penstriman meningkat 197% di China pada tahun 2020, dengan menokok RMB1.2 trilion (RM780 bilion), sedangkan jumlah sesi penstriman melebihi 24 juta kali.